Tarikh

: 20 December  2019

Masa

: 10.30 am-12.30 pm.

Peserta

:   USAHAWAN TEMPATAN

 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan pusat internet dengan usahwan tempatan, memperkenalkan dashboard komuniti serta menerangkan pelbagai kemudahan yang terdapat di pusat internet. Dalam Bengkel Photo Editing ini, para peserta diberi masa untuk mengambil gambar produk jualan mereka dengan dibantu oleh MIV. Di sini, mereka belajar cara-cara memuat naik gambar, ciri-ciri gambar yang baik, saiz gambar yang sesuai, pixel gambar dan contoh gambar edit atau asli. Setelah selesai memuat naik, mereka diarahkan untuk membuka laman web ‘Canva’ sebagai medium untuk mengedit gambar secara online. Aplikasi Canva ini seperti kebanyakkan aplikasi lain yang berada di Internet. Akan tetapi keistimewaan aplikasi ini adalah lebih moden dan mesra pengguna. Para peserta lebih mudah faham untuk mengedit gambar melalui aplikasi ini.

 

Kebaikan/kelebihan aktiviti:

  1. Mengeratkan silaturrahim antara Sukarelawan MIV dan usahawan tempatan.
  2. Memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Internet.
  • Membuka mata usahawan tempatan untuk lebih kreatif dalam mempromosikan produk mereka.

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah 

  • Pengenalan Pusat Internet
  • Taklimat Photo Editing

 

GAMBAR DISINI