USAHAWAN - KHALISAH BINTI MARZUKI

 NAMA KHALISAH BINTI MARZUKI
 UMUR  24 TAHUN
 AHLI 2019

 

Latar Belakang

Bermulanya perniagaan roti, kek & pastri  sekitar tahun 2019. Beliau berminat dalam ilmu membuat kek dan roti dengan mengikuti kelas pastri.  Kini beliau membuat kek sepenuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 sebulan sahaja. Jumlah pelanggan amat sedikit ketika ini. Beliau berhasrat untuk mengubah kehidupan beliau dengan apa cara sekalipun bagi menambah pendapatan keluarga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kelas Asas Komputer adalah kelas pertama beliau dalam memantapkan lagi kemahiran beliau dalam bidang komputer. Beliau mempelajari cara menaip di Microsoft word dan membuat kertas kerja. Beliau mula belajar mempromosikan produk beliau dilaman social, disitu bermulalah perniagaan beliau mendapat tempat dihati pelanggan. Kini pendapatan beliau telah meningkat sebanyak rm1000 sebulan.

 

USAHAWAN - AZAHARI BIN MANSOR

 NAMA AZAHARI BIN MANSOR
 UMUR  40 TAHUN
 AHLI 2019

 

Latar Belakang

Encik Azahari merupakan seorang menantu kepada peneroka Felda Air Tawar 5. Beliau mengusahakan perniagaan Teh air Pyior. Perniagaan ini pada awalnya hanya suka-suka dan mengisi masa lapang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 sebulan sahaja. Jumlah pelanggan amat sedikit ketika ini. Hal ini kerana, beliau menjalankan perniagaan di rumah sahaja. Pelanggan beliau juga terdiri dari kalangan jiran tetangga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula mengikuti kelas yang dianjurkan di Pusat Internet. Kelas pertama yang disertainya ada kelas Asas keusahawanan. Beliau diajar mengenai cara promosi dan mengiklankn produk beliau dengan cara yang betul dan mudah. Kini pendapatan beliau meningkat sebanyak RM1500 sebulan. Beliau juga telah menyertai berniaga di pasar- pasar malam dan pasar pagi. Selain itu juga, beliau menerima tempahan untuk majlis majis besar seperti kenduri kahwin.

 NAMA NUR DIAYANA BINTI MUHAMAD SUBRI
 UMUR  28
 AHLI 2020

 

Latar Belakang

Puan Diyana merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan secara kecil kecilan. Disebabkan beliau minat dalam bidang design dan grafik, beliau menjalankan perkhidmatan membuat photobook dan cuci gambar.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya beliau hanya datang ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan internet sahaja. Tetapi beliau telah dipengaruhi oleh rakannya untuk menyertai program keusahwanan yang dianjurkan. Dengan program tersebut, Puan Diyana dapat menambahkan kemahiran dan pengetahuan tentang perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti beberapa program yang telah di anjurkan di Pusat Internet, Perniagaan Puan Diyana mendapat sambutan yang mengalakkan di dalam Felda Air Tawar 5. Ini kerana, beliau telah mempromosikan perkhidmatannya di media sosial dan selain itu perkhidmatan beliau mendapat sambutan di kawasan Felda Air Tawar 5.

 

CELIK IT - PUTERI KHAIRUNNISA BINTI MOHD GHAZALI

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

 NAMA PUTERI KHAIRUNNISA BINTI MOHD GHAZALI
 UMUR  14
AHLI 2020

 

Latar belakang

Puteri Khairunnisa merupakan pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Semenchu.  Puteri Khairunnisa telah menjadi ahli Pusat Internet pada tahun 2020.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Puteri Khairunnisa di Pusat Internet, dia tiada pengetahuan mengenai Microsoft office dan penggunaan computer dan internet terhad kepada kepada menonton video di youtube. Selain itu, Norathirah juga tidak didedahkan dengan program keselamatan di internet iaitu Klik Dengan Bijak (KDB).

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Puteri Khairunnisa kerap mengikuti kelas di pusat internet pengetahuan mengenai ICT kian bertambah dan berkembang. Selain itu, dia juga telah didedahkan dengan keselamatan internet dan juga program lain seperti check your label dan e-waste.

 NAMA HAMIZAH BINTI JAILANI
 UMUR  31
 AHLI 2020

 

Latar Belakang

Puan Hamizah merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau mula berjinak dengan perniagaan online sejak beberapa bulan yang lalu. Menyedari ramai individu yang menjadi suri rumah menceburi bidang perniagaan, beliau pun mencuba untuk turut serta dan sekarang beliau menjadi sebahagian daripada ahli Pusat Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, perniagaan beliau tidaklah memberansangkan sehingga beliau didedahkan oleh Petugas Pusat Internet  tentang Modul Keusahawanan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri latihan keusahawanan di Pusat Internet Felda Air Tawar 5, beliau kini lebih mahir dalam mempromosikan perniagaan beliau. Beliau sudah membuka akaun jualan Shopee kerana permintaan yang agak tinggi terhadap produk tersebut .