PETA DAERAH KOTA TINGGI JOHOR

 

 

DAERAH KOTA TINGGI

 

Asal usul nama daerah Kota Tinggi ialah Kota yang di bina di tempat di atas kawasan tempat tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan Kota tersebut adalah di sebabkan untuk menangkis serangan dari Portugas yang berusaha untuk melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu pada tahun 1511.

Oleh kerana sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora Laut Cina Selatan . Ia juga telah menjadi salah satu tumpuan para pedagang sejak pada zaman silam lagi. Banyak  peninggalan yang di tinggalkan oleh Empayar Rom yang telah di temui di Kota Tinggi .

 

 

 

 

NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

 

Asal usul nama Negeri Johor adalah diambil dari perkataan bahasa arab iaitu "Jauhar" yang bermaksud "permata berharga". Para pedagang dari Arab telah datang dan menjalankan perniagaan rempah yang  terkenal sejak dahulu lagi.

Pembukaan negeri Johor bermula pada kurun ke-16 apabila Melaka di tawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah merupakan perwaris terakhir kesultanan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Negeri Johor. Johor telah pun meluaskan empayarkan sehingga ke Riau pada waktu itu.

Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar.Kini Johor di sempadani oleh Melaka, pahang dan Singapura merupakan salah sebuah Negeri yang pesat membangun di Malaysia .

 

MAKLUMAT ADUN PENAWAR

 

 download

 

 YB Puan Fauziah Binti Misri
 
Negeri: 
PENGERANG
Parlimen: 
Johor
Parti: 
BN - UMNO
Kod Parlimen: 
P157
Kod Dun: 
N38
Nama Dun: 
Penawar
 
MAKLUMAT AHLI PARLIMEN
 
 
 
 
Nama: Y.B. Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Alamat Surat-Menyurat: No. 9, Jalan Bola Jaring 13/15 Seksyen 13 40100 Shah Alam Selangor
Telefon: 03-5512 2372
Fak: 03-5512 2373
 

JAWATANKUASA KAMPUNG FELDA AIR TAWAR 5

 

PENGURUS  FELDA

ENCIK SULAIMAN BIN REJAB 

KETUA KAMPUNG / KETUA KOMUNITI

TN HJ HAMBALI BIN SHARIF

 

BILANGAN PENDUDUK FELDA AIR TAWAR 5

Bilangan Penduduk : 2,945 orang

Pecahan Bilangan Penduduk Mengikut Jantina 

Lelaki     :     971 orang

Wanita   :    1,974 orang

BILANGAN PENEMPATAN

589 Buah Rumah

KELUASAN TANAH KAMPUNG

342.97 ekar

KELUASAN TANAH YANG DIUSAHAKAN 

 Perumahan      :     299.90 ekar

Premis Awam :     27.85 ekar

Tanaman        :      2.40 ekar

Ternakan       :      1.50 ekar

 Lain-lain        :      6.00 ekar

Pusat Internet 1 Malaysia Felda Air Tawar 5 ini terletak 35 Kilometer daripada Pusat Bandar Kota Tinggi Johor.Pusat Internet ini boleh dimanfaatkan  penduduk kampung yang terdiri daripada kalangan peneroka,penerokawati,generasi kedua dan ketiga serta orang awam.Pusat Internet 1 Malaysia ini juga boleh dimanfaatkan oleh penduduk kampung sebelah iaitu Penduduk Felda Air Tawar 4 dan Felda Semenchu.Daripada hasil pemantauan,Kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia di Felda Air Tawar 5 ini juga disenangi dan menjadi tumpuan utama penduduk sekitar kerana kawasannya ayang strategik.Sebanyak 20 komputer disediakan untuk kegunaan penduduk.Selain itu,10 Biji Komputer juga disediakan sekiranya ingin mengadakan kelas atau kursus.Beberapa perkhidmatan lain juga disediakan bagi kemudahan penduduk setempat.Sebarang pertanyaan,boleh berhubung dengan staff


Pengurus :

Fazlina Binti Othman

 

Penolong pengurus :

Noor Azuani binti Mohd Rosli

 

Waktu Operasi :

9.00 pagi Hingga 6.00 Petang.

Waktu Rehat :

1.00 Tghhri Hingga 2 Petang

Sebarang pertanyaan boleh email : 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook : https://www.facebook.com/pi.feldaairtawar5