MEE REBUS FELDA AIR TAWAR 5
Kedai Mee Rebus baru dibuka di Felda Air Tawar 5. Lokasinya terletak berhampiran dengan Bank Felda Air Tawar 5. Menurut beberapa orang pengunjung, mereka mengatakan Mee Rebus tersebut sedap. Semua penduduk Felda Air Tawar 5 boleh ke kedai berkenaan untuk merasai sendiri keenakkan Mee Rebus tersebut. Kedai mula beroperasi Jam 2.00 Petang Hingga 10 Malam.
MAMA JELI FELDA SUNGAI MAS.
Hujung minggu ibu atau isteri tak nak masak? Nak makan kat luar berdua atau bersama-sama anak-anak ataupun keluarga?Nak makan simple-simple je.. Apa kata korang semua bawak keluarga korang semua keMama Jeli Recipe-Laksa Johor. Anda boleh merasai keenakan cendol kaw-kaw, Ais Jagung, Mee Rebus dan Laksa Johor yang special.. Ni cite betul tau.. bukan bohong.. pasti akan datang lagi lepas ni.. Apa lagi, Jom Serbu di :
Mama Jeli Recipe
Gerai No 1, Jalan Kampung Baru
Felda Sungai Mas, 81900 Kota Tinggi, Johor.
Waktu Operasi :11.00 pagi – 6.00 petang (Selasa - Ahad)
Menu Special : Cendol Kampung Kaw-kaw, Ais Jagung, Laksa Johor & Mee Rebus
RESTORAN HAJI DAUD FELDA AIR TAWAR 5
Di Felda Air Tawar 5 terkenal dengan sebuah restoran keluarga Allahyarham Haji Daud.Kebiasaannya restoran ini dikunjungi oleh orang-orang yang berhenti berehat untuk menuju ke destinasi pelancongan iaitu DESARU.Selain daripada pengunjung luar yang mengunjungi restoran ini,warga tempatan juga tidak kurang hebatnya.Restoran ini terkenal di Daerah Kota Tinggi sehingga keluarga mereka membuka satu lagi cawangan di Bandar Kota Tinggi.Pelbagai jenis menu yang terdapat di Restoran Haji Daud di Felda Air Tawar 5 ini antaranya makanan laut,makanan arab dan lain-lain mengikut permintaan
Pemilik Restoran Haji Daud Felda Air Tawar 5
Antara hidangan yang terdapat di Restoran Haji Daud