Rancangan Felda Air Tawar 5 adalah rancangan sawit yang dibangunkan diantara 5 rancangan dalam gugusan Air Tawar. Nama Air Tawar diambil dari nama kawasan tadahan air tawar di Sungai Seluyut, Sempena dengan itu rancangan ini telah dinamakan Felda Air Tawar 5.

Felda Air Tawar 5 mulak diterokai pada awal tahun 1969 dan mula menerima para peneroka mulai tahun 1970 sehingga 1972. Jumlah rumah peneroka yang dibina sebanyak 657 buah. Keluasan tanah, tanaman kelapa sawit 2535.49 hektar. Keluasan perkampungan 138.80 hektar. Jumlah keseluruhan penduduk di Felda Air Tawar 1 ialah seramai 4,403 orang. Penduduknya terdiri dari bangsa Melayu dan beragama Islam.

Punca pendapatan penduduknya, dari hasil ladang kelapa sawit, kilang dan juga berniaga. Felda Air Tawar 5 terletak dalam Mukim pengerang, di daerah kota Tinggi,Johor. Jarak ke bandar Kota Tinggi lebih kurang 35 km. 

Felda Air Tawar 5 ini dibawah Adun Penawar iaitu YB Puan Hamimah Binti Mansur,Manakala Parlimen pula ialah Parlimen Pengerang YB Dato'Sri Azalina Binti Dato' Othman Said..