Tarikh | : 19 OKTOBER 2024 (SABTU) |
Masa | : 10:00 PAGI - 11:00 PAGI |
Tempat | : NADI FELDA AIR TAWAR 5 |
Tujuan:
Taklimat ini memberi pendedahan tentang program NADI Mahir berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak NADI untuk membantu peserta mengasah bakat dan minat masing-masing. Antaranya termasuklah NADI Mahir masak, NADI Mahir jahit, NADI Mahir baiki gajet, NADI Mahir foto dan NADI Mahir pertanian pintar. Kursus ini memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang yang ditawarkan.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
- 1. Memperkenalkan peserta tentang NADI Mahir
- 2. Membantu peserta mengasah bakat dalam kursus yang diminati (memasak, menjahit, membaiki gajet, foto, dan pertanian pintar)
Aktiviti:
- 1. Taklimat NADI Mahir
- 2. Pendaftaran NADI Mahir
Tarikh | : 20 SEPTEMBER 2024 (JUMAAT) |
Masa | : 11:00 PAGI - 11:30 PAGI |
Tempat | : NADI FELDA AIR TAWAR 5 |
Tujuan:
Kelas ini mendedahkan peserta tentang penggunaan aplikasi dalam komputer dan membantu peserta meneroka pelbagai fungsi komputer. Menerusi aplikasi wordwall, ianya membantu peserta mempelajari kata imbuhan bahasa inggeris dan meningkatkan pemahaman dan penggunaannya dengan lebih baik. Aktiviti ini meningkatkan kecekapan peserta menterjemah perkataan bahasa inggeris kepada bahasa melayu dalam jangka masa yang pedek.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
- 1. Memperkenalkan peserta menggunakan komputer dan aplikasi di dalam komputer.
- 2. Membantu peserta mempelajari kata imbuhan bahasa inggeris.
- 3. Meningkatkan kecekapan menterjemahkan kata bahasa inggeris kepada bahasa melayu.
Aktiviti:
- 1. Taklimat cara menggunakan komputer
- 2. E-learning - Wordwall
Tarikh |
: 6 JULAI 2024 (SABTU) |
Masa |
: 2:30 PETANG – 4:30 PETANG |
Tempat |
: NADI FELDA AIR TAWAR 5 |
Tujuan:
Kelas ini mendedahkan peserta menggunakan Microsoft Edge sebagai platform utama untuk mencari maklumat. Kelas ini membantu peserta mengembangkan kreativiti masing – masing dalam mempelajari suntingan dan pengeditan imej menggunakan platform canva. Peserta juga boleh meneroka setiap kemudahan dan aktiviti yang terdapat di dalam canva, secara tidak langsung dapat mempelajari fungsi ikon - ikon yang terdapat dalam canva.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
1. Memperkenalkan peserta menggunakan platform Microsoft Edge sebagai platform utama mencari maklumat.
2. Memberi pilihan kepada peserta menggunakan pelbagai platform untuk menyunting imej selain daripada Microsoft Word.
3. Meningkatkan kreativiti peserta dalam menyunting dan mengedit imej.
Aktiviti:
- Taklimat cara menggunakan Microsoft Edge
- Kelas ICT- Suntingan imej (CANVA)
Tarikh | : 16 OGOS 2024 (JUMAAT) |
Masa | : 11:30 PAGI - 12:00 TENGAH HARI |
Tempat | : NADI FELDA AIR TAWAR 5 |
Tujuan:
Kelas ini mendedahkan tentang komponen-komponen tablet yang perlu dipelajari peserta melalui permainan word search. Aktiviti word search membantu peserta meningkatkan keupayaan berfikir mencari perkataan di dalam timbunan abjad yang pelbagai serta meningkatkan fokus pemerhatian terhadap perkataan kepada peserta. Aktiviti ini juga dapat memperluas perbendaharaan kata yang boleh dipelajari oleh peserta.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
- 1. Memperkenalkan peserta menggunakan tablet untuk melayari aktiviti word search.
- 2. Membantu peserta meningkatkan fokus mencari perkataan dalam timbunan huruf-huruf asing.
- 3. Memperluas perbendaharaan kata yang boleh dipelajari oleh para peserta.
Aktiviti:
- 1. Taklimat cara menggunakan tablet
- 2. E-learning - Word Search
Tarikh |
: 14 JUN 2024 (JUMAAT) |
Masa |
: 10:00 PAGI – 12:00 TENGAHARI |
Tempat |
: NADI FELDA AIR TAWAR 5 |
Tujuan
Program ini memperkenalkan dan mendedahkan tentang fungsi NADI Felda Air Tawar 5 kepada peserta. Program kursus asas Microsoft Office bertujuan untuk memupuk kemahiran asas menggunakan perisian asas seperti Microsoft word, excel dan powerpoint. Kursus ini membantu peserta untuk menguasai perisian tersebut bagi memahirkan mereka melakukan pekerjaan berkaitan dengan komputer.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
- 1. Memperkenalkan perserta tentang NADI dan fungsi NADI Felda Air Tawar 5.
- 2. Memberi pendedahan kepada peserta tentang tujuan dan kepentingan mempelajari asas Microsoft office
- 3. Meningkatkan pengetahuan ICT peserta
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah
- 1. Taklimat pengenalan NADI
- 2. Taklimat klik dengan bijak
- 3. Kursus asas Microsoft Office