TARIKH : 14 MEI 2024 (SELASA)
MASA : 9:00 PAGI - 12:00 TENGAHARI
TEMPAT : NADI FELDA AIR TAWAR 5

 

Tujuan:

Program kursus pengendalian makanan bertujuan untuk memberi pendedahan secara mendalam kepada peserta berkaitan kebersihan untuk mengendali makanan dengan tepat dan betul. Kursus ini juga sangat diperlukan bagi pengendali makanan terutamanya bagi peniaga-peniaga tempatan untuk mengelakkan pelbagai jenis penyakit kepada pelanggan terutamanya keracunan makanan dan demam typhoid.


Kebaikan/kelebihan aktiviti:

1. Memberi pendedahan kepada peserta tentang pentingnya menjaga kebersihan makanan
2. Mendedahkan fungsi NADI kepada penduduk setempat
3. Meningkatkan pengetahuan tentang IT kepada peserta melalui google form yang perlu di isi oleh peserta.


Aktiviti:

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah
 
• Taklimat pengenalan NADI
• Taklimat klik dengan bijak
• Kursus pengendalian makanan

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh

: 16 April 2024

Masa

: 9.30 am - 12.30 pm

Peserta

: Komuniti Felda Air Tawar 5

 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu peserta dalam mempromosikan dan memasarkan barangan jualan / produk mereka secara atas talian mahupun bersemuka menggunakan platform social media. Mereka juga dapat meningkatkan pengetahuan mereka untuk berniaga dancara memasarkan produk dengan lebih efisyen dan secara tidak langsung dapat mewujudkan minat peserta dalam menambah ilmu pengetahuan dalam penggunaan ICT dan dapat melahirkan usahawan yang berdaya saing secara maya.

 

Kebaikan/kelebihan aktiviti:

  1. -Memberi peluang kepada peniaga untuk menzahirkan kreativiti mereka dalam memsarkan produk jualan.
  2. -Mengertakan silaturahim antara petugas NaDi dengan penduduk setempat.
  3. -Mengurangan kadar buta IT dalam kalangan penduduk setempat.

 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah 

  • -Pengenalan Pusat Sebaran Maklumat Nasional
  • -Kelas pemasaran Produk

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh

: 24 November 2023

Masa

: 9.30 am - 10.30 pm

Peserta

: Komuniti Felda Air Tawar 5

 

Tujuan

 

Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan PEDi dengan komuniti, memperkenalkan serta menerangkan pelbagai kemudahan yang terdapat di PEDi. Selain daripada itu, mereka juga didedahkan dengan pengetahuan dan ilmu berkaitan teknik menaip dengan lebih pantas dan menggunakan kosa kata yang lebih sempurna. Hal ini disebabkan oleh, golongan muda sekarang cenderung untuk menggunakan perkataan yang tidak sempurna dari segi pemilihan kosa kata dan maksud.

 

Kebaikan/kelebihan aktiviti:

  1. Mengeratkan silaturrahim antara petugas PEDi dan komuniti setempat.
  2. Memberi peluang kepada komuniti setempat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Ekonomi Digital (PEDi).
  3. Memahirkan jari dalam menaip dengan lebih pantas dan efisien.

 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah 

  • Pengenalan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
  • Menaip Pantas

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh

: 24 Disember 2023

Masa

: 9.30 am - 12.30 pm

Peserta

: Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

 

Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan pusat ekonomi digital dengan penduduk tempatan, memperkenalkan serta menerangkan pelbagai kemudahan yang terdapat di PEDi. Komputer seringkali digunakan oleh guru-guru semasa menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh dikatakan ramai dalam kalangan murid sekolah sudah mahir dalam menggunakan komputer seperti kata kata peribahasa alah bisa tegal biasa. Oleh itu, terdapat banyak faedah belajar menggunakan komputer. Antara faedah belajar menggunakan komputer ialah pelajar-pelajar dapat berkongsi  maklumat bersama-sama rakan. Hal ini kerana rakan-rakan yang berkebolehan dalam mengendalikan komputer akan saling berkongsi dan menyampaikan maklumat antara satu sama lain. Sebagai contoh, memberi pendedahan untuk menajamkan kemahiran dan kreativiti mereka dalam menyiapkan kerja sekolah menggunakan bahan pembelajaran daripada internet dan lain-lain. Oleh itu belajar menggunakan komputer akan membentuk perkongsian maklumat dalam kalangan pelajar.

 

Kebaikan/kelebihan aktiviti:

  1. Mengeratkan silaturrahim antara petugas PEDi dan pelajar sekolah rendah.
  2. Memberi peluang kepada pelajar sekolah rendah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di PEDi.
  3. Membuka mata pelajar sekolah rendah untuk lebih kreatif dalam melaksanakan kerja sekolah.

 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah 

  1. Pengenalan Pusat Internet
  2. Kelas Powtoon

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh

: 18 & 19 Oktober 2023

Masa

: 9.30 am - 12.30 pm

Peserta

: Komuniti Felda Air Tawar 5

 

Tujuan

 

Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan PEDi dengan komuniti, memperkenalkan serta menerangkan pelbagai kemudahan yang terdapat di PEDi. Selain daripada itu, mereka juga didedahkan dengan pengetahuan dan ilmu berkaitan penggunaan telefon bimbit untuk kegunaan memasarkan produk dengan lebih kreatif dan menarik. Program ini dijalankan untuk memberikan ilmu secara lebih meluas kepada pengusaha mahupun surirumah yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan tetapi tiada ilmu untuk memasarkan produk dengan lebih kreatif dan menarik. Kursus ini juga salah satu usaha pihak KEMAS dan PEDi dalam membuka peluang perniagaan kepada semua pihak.

 

Kebaikan/kelebihan aktiviti:

  1. Mengeratkan silaturrahim antara petugas PEDi dan komuniti setempat.
  2. Memberi peluang kepada komuniti setempat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Ekonomi Digital (PEDi).
  3. Mengetahui tentang cara memasarkan produk dengan lebih kreatif dan menarik.

 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah 

  1. Pengenalan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
  2. Kursus Photo Phone

 

GAMBAR DISINI