Tarikh |
: 21 November 2020 |
Masa |
: 10.30 am-12.30 pm. |
Peserta |
: Pelajar Sekolah IPTA |
Tujuan
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar IPTA yang ketinggalan silibus pembelajaran di Kolej untuk meneruskan pembelajaran. Hal ini disebabkan oleh, ramai penduduk luar bandar belum mempunyai kemudahan internet dirumah untuk mengakses kelas atas talian.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
Mengeratkan silaturrahim antara petugas PI dan komuniti setempat.
Memberi peluang kepada pelajar IPTA untuk meneruskan pembelajaran di atas talian.
Membuka mata komuniti setempat untuk lebih maju dalam dunia IT.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah
Pengenalan Pusat Internet
Kelas Atas Talian
Tarikh |
: 16 & 17 Oktober 2020 |
Masa |
: 9.30 am-12.30 pm. |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan pusat internet dengan penduduk tempatan, memperkenalkan dashboard komuniti serta menerangkan pelbagai kemudahan yang terdapat di pusat internet. Kelas pada kali ini tertumpu kepada pengenalan asas kepada perisian dan aplikasi komputer. Selain daripada itu, peserta belajar dengan terperinci mengenai kemahiran asas penggunaan komputer, dan penggunaan internet secara berhemah.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
- Mengeratkan silaturrahim antara petugas PI dan komuniti setempat.
- Memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Internet.
- Membuka mata komuniti setempat untuk lebih maju.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah
- Pengenalan Pusat Internet
- Kelas Asas Komputer
Tarikh |
: 14 Ogos 2020 |
Masa |
: 9.30 am-12.30 pm. |
Peserta |
: Peniaga Online |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan pusat internet dengan penduduk tempatan, memperkenalkan dashboard komuniti serta menerangkan pelbagai kemudahan yang terdapat di pusat internet. Kelas Usahawan Online (Shopee) dihadiri peserta yang mana mereka sangat mencari peluang untuk mendalami perniagaan secara online. Oleh itu mereka menyertai Kelas Usahawan Online ini dan belajar sedikit sebanyak berkaitan pengendalian komputer dan juga cara-cara untuk menjual dan mempromosikan produk. Selain daripada itu, mereka belajar dengan terperinci mengenai shopee, cara untuk memuat naik gambar produk dan penjualan dan juga cara-cara untuk mengira keuntungan dan juga kerugian penjualan.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
- Mengeratkan silaturrahim antara petugas PI dan komuniti setempat.
- Memberi peluang kepada pelajar sekolah rendah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Internet.
- Membuka mata komuniti setempat untuk lebih maju dalam memasarkan produk jualan mereka.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah
- Pengenalan Pusat Internet
- Kelas Asas Shopee
- Mempelajari cara mengendalikan komputer dan kegunaannya
- Create Email
- Cara untuk mendaftar akaun Shopee dan juga mempelajari cara-cara muat naik produk dan pengiklanan.
Tarikh |
: 11 September 2020 |
Masa |
: 9.30 am-12.30 pm. |
Peserta |
: Pelajar Sekolah |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan pusat internet dengan penduduk tempatan, memperkenalkan dashboard komuniti serta menerangkan pelbagai kemudahan yang terdapat di pusat internet. Kelas pada kali ini tertumpu kepada pengenalan asas kepada pelajar-pelajar kerana mereka belum pernah mengunakan perisian Canva. Selain daripada itu, mereka belajar dengan terperinci mengenai Canva.com, cara untuk menyunting gambar dan cara untuk menghasilkan pelbagai jenis template seperti resume dan kad jemputan secara kreatif.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
Mengeratkan silaturrahim antara petugas PI dan komuniti setempat.
Memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Internet.
Membuka mata komuniti setempat untuk lebih maju.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah
Pengenalan Pusat Internet
Bengkel Asas Canva.com
Mempelajari cara mengendalikan komputer dan kegunaannya
Create Email
Cara untuk mendaftar akaun Canva.com dan juga mempelajari cara-cara menyunting gambar dan membuat template.
Tarikh |
: 24 Julai 2020 |
Masa |
: 9.30 am-12.30 pm. |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan pusat internet dengan penduduk tempatan, memperkenalkan dashboard komuniti serta menerangkan pelbagai kemudahan yang terdapat di pusat internet. komputer seringkali digunakan oleh guru-guru semasa menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh dikatakan ramai dalam kalangan murid sekolah telah mahir dalam menggunakan komputer seperti kata kata peribahasa alah bisa tegal biasa. Oleh itu, terdapat banyak faedah belajar menggunakan komputer. Antara faedah belajar menggunakan komputer ialah pelajar-pelajar dapat berkongsi maklumat bersama-sama rakan. Hal ini demikian kerana rakan-rakan yang berkebolehan dalam mengendalikan komputer akan saling menunjuk cara dan menyampaikan maklumat antara satu sama lain. Sebagai contoh, memberi pendedahan untuk menajamkan kemahiran dan kreativiti mereka dalam menyiapkan kerja sekolah menggunakan bahan pembelajaran daripada Internet dan lain-lain. Oleh itu belajar menggunakan komputer akan membentuk perkongsian maklumat dalam kalangan pelajar.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
- -Mengeratkan silaturrahim antara petugas PI dan pelajar sekolah rendah.
- -Memberi peluang kepada pelajar sekolah rendah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Internet.
- -Membuka mata pelajar sekolah rendah untuk lebih kreatif dalam melaksanakan kerja sekolah.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah
- -Pengenalan Pusat Internet
- -Kelas Powtoon