Tarikh |
: 24 Januari 2022 |
Masa |
: 9.30 am-11.30 pm. |
Peserta |
: GPW |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan Pusat Ekonomi Digital dengan penduduk tempatan. Kursus Penyediaan Minit Mesyuarat diadakan sebagai program bulanan bagi bulan Januari. Objektif utama penganjuran program ini bagi memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada ahli jawatankuasa GPW untuk meningkatkan kemahiran penggunaan komputer serta memahirkan diri untuk menyediakan minit mesyuarat yang diberikan secara percuma oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Selain itu, ia juga dapat mencapai matlamat penubuhan PEDi dalam memberi pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar. Ia juga memberi peluang kepada komuniti setempat bagi mempelajari asas komputer. Tambahan pula, aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan warga Felda yang kurang mahir. Peserta juga dapat memanfaatkan keemudahan dan kemahiran yang ada untuk kegunaan dimasa akan datang.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
- Melengkapkan diri peserta dengan kemahiran penggunaan ICT yang amat diperlukan terutamanya dalam menyediakan minit mesyuarat bagi sesebuah organisasi.
- Merupakan salah satu kemahiran yang memberi kelebihan kepada peserta pada masa hadapan antaranya ketika menghadapi situasi dalam menggunakan kemahiran berkomputer
- Mendidik peserta menggunakan kemudahan internet dan komputer yang disediakan di Pusat Ekonomi Digita dengan perkara yang bermanfaat.
- Mengisi masa lapang peserta dengan perkara yang berfaedah.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah
- Pengenalan Pusat Ekonomi Digital
- Kursus Penyediaan Minit Mesyuarat
Tarikh |
: 24 Disember 2021 |
Masa |
: 9.30 am-11.30 am. |
Peserta |
: PELAJAR SEKOLAH MENENGAH |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan Pusat Ekonomi Digital dengan penduduk tempatan. Kursus Asas Komputer Musim Cuti Sekolah diadakan sebagai program bulanan bagi bulan Disember. Objektif utama penganjuran program ini bagi memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada komuniti setempat untuk meningkatkan kemahiran penggunaan komputer melalui pembelajaran yang diberikan secara percuma oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Selain itu, ia juga dapat mencapai matlamat penubuhan PEDi dalam memberi pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar. Ia juga memberi peluang kepada komuniti setempat bagi mempelajari asas komputer. Tambahan pula, aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan generasi muda sejak di bangku sekolah lagi. Pelajar juga dapat memanfaatkan cuti musim sekolah dengan perkara yang berfaedah.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
- Melengkapkan diri peserta dengan kemahiran penggunaan ICT yang amat diperlukan terutamanya dalam membuat kerja kursus dan latihan akademik yang memerlukan penggunaan komputer.
- Merupakan salah satu kemahiran yang memberi kelebihan kepada peserta pada masa hadapan antaranya ketika menghadapi sesi temuduga dan di alam pekerjaan.
- Mendidik peserta menggunakan kemudahan internet dan komputer yang disediakan di pusat internet dengan perkara yang bermanfaat.
- Mengisi masa lapang peserta dengan perkara yang berfaedah.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah
- Pengenalan Pusat Ekonomi Digital
- Kelas Asas Komputer
- Taklimat Klik Dengan Bijak
Tarikh |
: 29 Oktober 2021 |
Masa |
: 9.30 am-10.30 am. |
Peserta |
: USAHAWAN TEMPATAN |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan pusat internet komuniti dengan penduduk tempatan. Pertandingan usahawan telah diadakan bagi memberikan pendedahan yang lebih luas tentang dunia perniagaan kepada usahawan-usahawan kecil. Program ini memberikan peluang kepada usahawan kecil ini untuk lebih berani menggunakan platform atas talian untuk mempromosikan produk-produk mereka secara lebih meluas.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
- i) Mengeratkan silaturrahim antara petugas PIK dan usahawan tempatan.
- ii) Memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Internet Komuniti.
- iii) Membuka mata usahawan tempatan untuk lebih minat dalam mempromosikan produk masing-masing.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah
i)Pengenalan Pusat Internet Komuniti
- ii)Penyampaian Hadiah
Tarikh |
: 19 & 20 November 2021 |
Masa |
: 9.30 am-11.30 am. |
Peserta |
: PELAJAR SEKOLAH MENENGAH |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik para peserta akan kepentingan dan cara penggunaan komputer dengan lebih mahir. Dengan adanya program ini, ianya dapat memberi bimbingan kepada peserta untuk menggunakan microsoft word untuk tujuan pembelajaran. Selain itu, kelas ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan komputer dan microsoft word khasnya.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
- Mengeratkan silaturrahim antara petugas PIK dan peserta
- Memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah untuk lebih mahir dalam kemahiran menaip
- Membuka mata komuniti setempat untuk lebih maju dalam dunia IT.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah
- Pengenalan & Penerangan Tentang Microsoft Word
- Taklimat Klik dengan bijak
Tarikh |
: 14 Ogos 2021 |
Masa |
: 2.30 pm-4.30 pm. |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan pusat internet dengan penduduk tempatan, memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang pendedahan dunia digital dalam belajar. Didalam musim pandemik Covid-19 ini, ramai dalam kalangan pelajar mahupun pekerja terjejas. Untuk mengelakkan daripada ketinggalan daripada silibus yang sepatutnya diajarkan di sekolah, pihak MSD membuat inisiatif untuk mengadakan kelas e-tuisyen ini untuk memberikan peluang kepada semua pelajar sekolah untuk mendapatkan peluang belajar secara dalam talian terus kepada guru-guru yang berpengalaman dalam subjek-subjek yang terpilih.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
- Mengeratkan silaturrahim antara petugas PI dan pelajar sekolah rendah.
- Memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Internet.
- Membuka mata pelajar sekolah menengah untuk lebih minat “belajar dari rumah” atau BDR.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah
- Pengenalan Pusat Internet
- Kelas E-Tuisyen