Tarikh |
: 23 April 2021 |
Masa |
: 2.30 pm-3.30 pm. |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan pusat internet dengan penduduk tempatan, memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang pendedahan dunia digital dalam belajar. Didalam musim pandemic Covid-19 ini, ramai dalam kalangan pelajar mahupun pekerja terjejas. Untuk mengelakkan daripada ketinggalan daripada silibus yang sepatutnya diajarkan di sekolah, pihak MSD membuat inisiatif untuk mengadakan kelas e-tuisyen ini untuk memberikan peluang kepada semua pelajar sekolah untuk mendapatkan peluang belajar secara dalam talian terus kepada guru-guru yang berpengalaman dalam subjek-subjek yang terpilih.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
- Mengeratkan silaturrahim antara petugas PI dan pelajar sekolah menengah.
- Memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Internet.
- Membuka mata pelajar sekolah menengah untuk lebih minat “blejar dari rumah” atau BDR.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah
- Pengenalan Pusat Internet
- Kelas E-Tuisyen