Tarikh

: 23 Jun 2022

Masa

: 10.00 am-12.00 pm.

Peserta

:  Dewasa

 Tujuan

 

Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan Pusat Ekonomi Digital dengan penduduk tempatan. Kelas Menaip dan Asas Komputer  diadakan sebagai program bulanan bagi bulan Januari. Objektif utama penganjuran program ini bagi memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada ahli jawatankuasa GPW  untuk meningkatkan kemahiran penggunaan komputer serta memahirkan diri untuk menyediakan minit mesyuarat  yang diberikan secara percuma oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Selain itu, ia juga dapat mencapai matlamat penubuhan PEDi dalam memberi pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar. Ia juga memberi peluang kepada komuniti setempat bagi mempelajari asas komputer. Tambahan pula, aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan warga Felda yang kurang mahir. Peserta juga dapat memanfaatkan keemudahan dan kemahiran yang ada untuk kegunaan dimasa akan datang.

 

Kebaikan/kelebihan aktiviti:

 

  1. Melengkapkan diri peserta dengan kemahiran penggunaan ICT yang amat diperlukan terutamanya dalam menyediakan minit mesyuarat bagi sesebuah organisasi.
  2. Merupakan salah satu kemahiran yang memberi kelebihan kepada peserta pada masa hadapan antaranya ketika menghadapi situasi dalam menggunakan kemahiran berkomputer
  3. Mendidik peserta menggunakan kemudahan internet dan komputer yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital dengan perkara yang bermanfaat.
  4. Mengisi masa lapang peserta dengan perkara yang berfaedah.

 

 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah 

  • Pengenalan Pusat Ekonomi Digital
  • Kelas Menaip dan Asas Komputer

 

GAMBAR DISINI

Tarikh

: 28 Mei 2022

Masa

: 9.30 am-12.00 pm.

Peserta

:  Murid Sekolah Rendah

 

Tujuan

 

Tujuan program ini diadakan adalah memberikan pendedahan yang lebih meluas kepada murid sekolah rendah tentang tatacara penggunaan Google secara berhemah. Selain itu, penggunaan akaun Gmail yang sah dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Hal ini disebabkan oleh, penjaga boleh memantau aktiviti anak-anak mereka di laman maya dengan lebih tegas.

 

Kebaikan/kelebihan aktiviti:

 

  1. Murid sekolah lebih berilmu dalam menghadapi dunia ICT yang semakin mencabar.
  2. Murid sekolah akan diberikan pendedahan yang lebih teliti tentang laman web yang tidak sepatutnya dilawati.

 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah 

  1. Taklimat PEDi
  2. Penerangan Cipta Akaun Gmail.

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh

: 17 Mac 2022

Masa

: 10.30 am-12.30 pm.

Peserta

:  Murid Sekolah Rendah

 

Tujuan

 

Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan Pusat Ekonomi Digital dengan penduduk tempatan serta menerangkan pelbagai kemudahan yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital. Komputer seringkali digunakan oleh guru-guru semasa menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh dikatakan ramai dalam kalangan murid sekolah telah mahir dalam menggunakan komputer. Oleh itu, terdapat banyak faedah belajar menggunakan komputer. inovasi untuk menggunakan Kuiz Interaktif secara 'online' (Kahoot!) ini dilaksanakan adalah bukan sahaja menjadikan PdP semakin menarik, malahan dapat meningkatkan kefahaman pelajar setiap kali selesai satu-satu topik. Ia bukan sahaja dapat memperkasakan pengajaran pensyarah malah memupuk budaya belajar sepanjang hayat dalam kalangan pelajar sejajar dengan matlamat pendidikan abad ke-21.

 

Kebaikan/kelebihan aktiviti:

 

Mengeratkan silaturrahim antara petugas PEDi dan murid sekolah rendah.

Memberi peluang kepada murid sekolah rendah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Ekonomi Digital.

Membuka mata murid sekolah rendah untuk lebih tertarik dalam mencari ilmu.

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah 

Taklimat Asas Komputer

Perlaksanaan Permainan Kahoot

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh

: 21 April 2022

Masa

: 9.30 am-12.00 pm.

Peserta

:  Staf PEDi

 

Tujuan

 

Tujuan program ini diadakan adalah memberikan pendedahan yang lebih meluas kepada staf PEDi dalam melaksanakan urusan berkaitan pentadbiran dan pengurusan di dalam PEDi. Selain itu juga, staf PEDi dapat menambah pengetahuan dan memantapkan lagi kemahiran pengurusan.

 

Kebaikan/kelebihan aktiviti:

  1. Staf di PEDi lebih berilmu dalam menghadapi dunia ICT yang semakin mencabar.
  2. Staf di PEDi menerima lebih banyak pengetahuan dalam menguruskan pentadbiran di dalam PEDi.
  3. Staf di PEDi akan lebih cekap menguruskan urusan dan hal-hal berkaitan PEDi.

 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah 

  • Taklimat Webinar

 

GAMBAR DISINI

Tarikh

: 19 Februari 2022

Masa

: 10.30 am-12.30 pm.

Peserta

:  Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

 

Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan Pusat Ekonomi Digital dengan penduduk tempatan serta menerangkan pelbagai kemudahan yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital. Komputer seringkali digunakan oleh guru-guru semasa menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh dikatakan ramai dalam kalangan murid sekolah telah mahir dalam menggunakan komputer. Oleh itu, terdapat banyak faedah belajar menggunakan komputer. Antara faedah belajar menggunakan komputer ialah pelajar-pelajar  dapat berkongsi  maklumat bersama-sama rakan. Hal ini kerana rakan-rakan yang berkebolehan dalam mengendalikan komputer akan saling mengajarkan teknik dan menyampaikan maklumat antara satu sama lain. Sebagai contoh, memberi pendedahan untuk menambahkan kemahiran dan kreativiti mereka dalam menyiapkan kerja sekolah menggunakan bahan pembelajaran daripada Internet dan lain-lain. Oleh itu belajar menggunakan komputer akan membentuk perkongsian maklumat dalam kalangan pelajar.

 

Kebaikan/kelebihan aktiviti:

 

  1. Mengeratkan silaturrahim antara petugas PEDi dan pelajar sekolah rendah.
  2. Memberi peluang kepada pelajar sekolah rendah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Ekonomi Digital.
  • Membuka mata pelajar sekolah rendah untuk lebih kreatif dalam melaksanakan kerja sekolah.

 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah 

  • Pengenalan Pusat Ekonomi Digital
  • Taklimat Asas Komputer
  • Taklimat Canva

 

GAMBAR DISINI