Tarikh

: 23 Jun 2022

Masa

: 10.00 am-12.00 pm.

Peserta

:  Dewasa

 Tujuan

 

Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan Pusat Ekonomi Digital dengan penduduk tempatan. Kelas Menaip dan Asas Komputer  diadakan sebagai program bulanan bagi bulan Januari. Objektif utama penganjuran program ini bagi memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada ahli jawatankuasa GPW  untuk meningkatkan kemahiran penggunaan komputer serta memahirkan diri untuk menyediakan minit mesyuarat  yang diberikan secara percuma oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Selain itu, ia juga dapat mencapai matlamat penubuhan PEDi dalam memberi pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar. Ia juga memberi peluang kepada komuniti setempat bagi mempelajari asas komputer. Tambahan pula, aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan warga Felda yang kurang mahir. Peserta juga dapat memanfaatkan keemudahan dan kemahiran yang ada untuk kegunaan dimasa akan datang.

 

Kebaikan/kelebihan aktiviti:

 

  1. Melengkapkan diri peserta dengan kemahiran penggunaan ICT yang amat diperlukan terutamanya dalam menyediakan minit mesyuarat bagi sesebuah organisasi.
  2. Merupakan salah satu kemahiran yang memberi kelebihan kepada peserta pada masa hadapan antaranya ketika menghadapi situasi dalam menggunakan kemahiran berkomputer
  3. Mendidik peserta menggunakan kemudahan internet dan komputer yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital dengan perkara yang bermanfaat.
  4. Mengisi masa lapang peserta dengan perkara yang berfaedah.

 

 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah 

  • Pengenalan Pusat Ekonomi Digital
  • Kelas Menaip dan Asas Komputer

 

GAMBAR DISINI