Tarikh |
: 17 Mac 2022 |
Masa |
: 10.30 am-12.30 pm. |
Peserta |
: Murid Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan Pusat Ekonomi Digital dengan penduduk tempatan serta menerangkan pelbagai kemudahan yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital. Komputer seringkali digunakan oleh guru-guru semasa menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh dikatakan ramai dalam kalangan murid sekolah telah mahir dalam menggunakan komputer. Oleh itu, terdapat banyak faedah belajar menggunakan komputer. inovasi untuk menggunakan Kuiz Interaktif secara 'online' (Kahoot!) ini dilaksanakan adalah bukan sahaja menjadikan PdP semakin menarik, malahan dapat meningkatkan kefahaman pelajar setiap kali selesai satu-satu topik. Ia bukan sahaja dapat memperkasakan pengajaran pensyarah malah memupuk budaya belajar sepanjang hayat dalam kalangan pelajar sejajar dengan matlamat pendidikan abad ke-21.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
Mengeratkan silaturrahim antara petugas PEDi dan murid sekolah rendah.
Memberi peluang kepada murid sekolah rendah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Ekonomi Digital.
Membuka mata murid sekolah rendah untuk lebih tertarik dalam mencari ilmu.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah
Taklimat Asas Komputer
Perlaksanaan Permainan Kahoot