Tarikh |
: 19 Februari 2022 |
Masa |
: 10.30 am-12.30 pm. |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan Pusat Ekonomi Digital dengan penduduk tempatan serta menerangkan pelbagai kemudahan yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital. Komputer seringkali digunakan oleh guru-guru semasa menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh dikatakan ramai dalam kalangan murid sekolah telah mahir dalam menggunakan komputer. Oleh itu, terdapat banyak faedah belajar menggunakan komputer. Antara faedah belajar menggunakan komputer ialah pelajar-pelajar dapat berkongsi maklumat bersama-sama rakan. Hal ini kerana rakan-rakan yang berkebolehan dalam mengendalikan komputer akan saling mengajarkan teknik dan menyampaikan maklumat antara satu sama lain. Sebagai contoh, memberi pendedahan untuk menambahkan kemahiran dan kreativiti mereka dalam menyiapkan kerja sekolah menggunakan bahan pembelajaran daripada Internet dan lain-lain. Oleh itu belajar menggunakan komputer akan membentuk perkongsian maklumat dalam kalangan pelajar.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
- Mengeratkan silaturrahim antara petugas PEDi dan pelajar sekolah rendah.
- Memberi peluang kepada pelajar sekolah rendah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Ekonomi Digital.
- Membuka mata pelajar sekolah rendah untuk lebih kreatif dalam melaksanakan kerja sekolah.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah
- Pengenalan Pusat Ekonomi Digital
- Taklimat Asas Komputer
- Taklimat Canva