Tarikh |
: 14 Ogos 2020 |
Masa |
: 9.30 am-12.30 pm. |
Peserta |
: Peniaga Online |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan pusat internet dengan penduduk tempatan, memperkenalkan dashboard komuniti serta menerangkan pelbagai kemudahan yang terdapat di pusat internet. Kelas Usahawan Online (Shopee) dihadiri peserta yang mana mereka sangat mencari peluang untuk mendalami perniagaan secara online. Oleh itu mereka menyertai Kelas Usahawan Online ini dan belajar sedikit sebanyak berkaitan pengendalian komputer dan juga cara-cara untuk menjual dan mempromosikan produk. Selain daripada itu, mereka belajar dengan terperinci mengenai shopee, cara untuk memuat naik gambar produk dan penjualan dan juga cara-cara untuk mengira keuntungan dan juga kerugian penjualan.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
- Mengeratkan silaturrahim antara petugas PI dan komuniti setempat.
- Memberi peluang kepada pelajar sekolah rendah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Internet.
- Membuka mata komuniti setempat untuk lebih maju dalam memasarkan produk jualan mereka.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah
- Pengenalan Pusat Internet
- Kelas Asas Shopee
- Mempelajari cara mengendalikan komputer dan kegunaannya
- Create Email
- Cara untuk mendaftar akaun Shopee dan juga mempelajari cara-cara muat naik produk dan pengiklanan.