Tarikh

: 24 Disember 2023

Masa

: 9.30 am - 12.30 pm

Peserta

: Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

 

Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan pusat ekonomi digital dengan penduduk tempatan, memperkenalkan serta menerangkan pelbagai kemudahan yang terdapat di PEDi. Komputer seringkali digunakan oleh guru-guru semasa menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh dikatakan ramai dalam kalangan murid sekolah sudah mahir dalam menggunakan komputer seperti kata kata peribahasa alah bisa tegal biasa. Oleh itu, terdapat banyak faedah belajar menggunakan komputer. Antara faedah belajar menggunakan komputer ialah pelajar-pelajar dapat berkongsi  maklumat bersama-sama rakan. Hal ini kerana rakan-rakan yang berkebolehan dalam mengendalikan komputer akan saling berkongsi dan menyampaikan maklumat antara satu sama lain. Sebagai contoh, memberi pendedahan untuk menajamkan kemahiran dan kreativiti mereka dalam menyiapkan kerja sekolah menggunakan bahan pembelajaran daripada internet dan lain-lain. Oleh itu belajar menggunakan komputer akan membentuk perkongsian maklumat dalam kalangan pelajar.

 

Kebaikan/kelebihan aktiviti:

  1. Mengeratkan silaturrahim antara petugas PEDi dan pelajar sekolah rendah.
  2. Memberi peluang kepada pelajar sekolah rendah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di PEDi.
  3. Membuka mata pelajar sekolah rendah untuk lebih kreatif dalam melaksanakan kerja sekolah.

 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah 

  1. Pengenalan Pusat Internet
  2. Kelas Powtoon

 

GAMBAR DISINI