Tarikh |
: 18 & 19 Oktober 2023 |
Masa |
: 9.30 am - 12.30 pm |
Peserta |
: Komuniti Felda Air Tawar 5 |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan PEDi dengan komuniti, memperkenalkan serta menerangkan pelbagai kemudahan yang terdapat di PEDi. Selain daripada itu, mereka juga didedahkan dengan pengetahuan dan ilmu berkaitan penggunaan telefon bimbit untuk kegunaan memasarkan produk dengan lebih kreatif dan menarik. Program ini dijalankan untuk memberikan ilmu secara lebih meluas kepada pengusaha mahupun surirumah yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan tetapi tiada ilmu untuk memasarkan produk dengan lebih kreatif dan menarik. Kursus ini juga salah satu usaha pihak KEMAS dan PEDi dalam membuka peluang perniagaan kepada semua pihak.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
- Mengeratkan silaturrahim antara petugas PEDi dan komuniti setempat.
- Memberi peluang kepada komuniti setempat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Ekonomi Digital (PEDi).
- Mengetahui tentang cara memasarkan produk dengan lebih kreatif dan menarik.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah
- Pengenalan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
- Kursus Photo Phone