USAHAWAN ONLINESHARIL BIN BUANG

MENJUAL CECAIR PENCUCI TANDAS

 

NAMA  SHARIL BIN BUANG
UMUR  41 TAHUN
AHLI 2014

 

Latar belakang 

En Sharil merupakan seorang belia yang sangat aktif di Felda Air Tawar 5. Beliau juga merupakan seorang usahawan yang menjual pencuci tandas. Akan tetapi perniagaan beliau lebih kepada mulut ke mulut. Selain itu juga, beliau hanya menumpangkan produk beliau di kedai-kedai di sekitar Felda Air Tawar 5.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Disebabkan En Sharil tidak didedahkan dengan penjualan melalui atas talian, produk beliau kurang mendapat sambutan. Beliau telah datang ke Pusat Internet untuk meghadiri bengkel usahawan yang telah di anjurkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau menghadiri bengkel yang dianjurkan, En Sharil dapat memajukan perniagaannya melalui online. Pendapatan beliau juga bertambah selepas beliau mempromosikan produk secara online.Selain itu juga, beliau dapat mempromosikan produknya di dalam My shop.

 

 

USAHAWAN ONLINE - NORLELA BINTI SHAHRAN

ANEKA MEE GORENG

 

NAMA  NORLELA BINTI SHAHRAN
UMUR  39 TAHUN
AHLI 2017

 

Latar belakang

Pn Norlela merupakan seorang peniaga pasar malam yang mejual aneka mee goreng.  Beliau telah datang ke bengkel usahawan yang telah dianjurkan oleh pihak Pusat Internet 1Malaysia. Beliau menyertai bengkel ini kerana ingin belajar pemasaran secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dalam perniagaan online ini, beliau haya berniaga di tapak pasar malam yang disediakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau menghadiri bengkel yang dianjurkan, beliau membuka tempahan melalui facebook dan WhatsApp. Beliau juga membuka tempahan sekiranya terdapat tempahan daripada majlis kenduri. Pendapatan beliau juga bertambah selepas beliau menghadiri bengkel yang dianjurkan.

 

 

CELIK IT - MUHAMMAD ZAFRAN BIN RUSLAN

ASAS KOMPUTER DAN MENAIP

 

NAMA  MUHAMMAD ZAFRAN BIN RUSLAN
UMUR  11 TAHUN
AHLI 2015

 

Latar belakang

Pelajar ini berusia 11 tahun dan ingin belajar komputer untuk memudahkannya dari segi pembelajaran pada masa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pelajar mengikuti kelas komputer, pelajar tidak pernah belajar menggunakan komputer dalam pembelajaran. Oleh itu, agak sukar untuk pelajar memahaminya dengan lebih cepat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan di PI, pelajar ini dapat menguasai komputer dengan baik. Beliau juga dapat menyelesaikan kerja-kerja sekolahnya akan datang dengan mudah melalui pembelajaran ICT.

 

USAHAWAN ONLINE - ROZIAH BINTI RIPANGI

KEK LAPIS ASAM MANIS

 

NAMA

ROZIAH BINTI RIPANGI

UMUR

50 TAHUN

AHLI

2017

 

Latar belakang

Pn Roziah merupakan seorang suri rumah.  Untuk mengisi masa lapang dan menambahkan pendapatannya, beliau telah menjual kek lapis asam manis yang telah dibuat olehnya sendiri.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan ICT, Pn Roziah tidak didedahkan dengan selok perniagaan. Hal ini kerana, beliau tidak tahu cara mempromosikan perniagaannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penglibat ICT di PI1M, Pn Roziah dapat memajukan perniagaan kek Lapis beliau. Tempahan kek lapis beliau juga mendapat sambutan dari komuniti setempat.

 

USAHAWAN ONLINE - HASZLINA BINTI HASSAN

ANEKA CHEESE CAKE

 

NAMA

HASZLINA BINTI HASSAN

UMUR

40 TAHUN

AHLI

2017

 

Latar belakang

 Pn Haszlina merupakan seorang penjual cheese cake. Namun begitu penjualannya terhad kerana beliau hanya menjual dengan kenalan yang terdekat sahaja.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan ICT, beliau tidak pandai mempromosikan produknya. Beliau hanya bergantung dengan permintaan dikalangan kenalan terdekat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penglibat ICT di PI1M,penjualan Cheese cake Pn Haszlina mendapat permintaan yang tinggi dikalangan komuniti setempat. Beliau juga mempelajari cara-cara memasarkan produk dengan betul.

 

 

CELIK IT - MUHAMMAD ZAFRI BIN RUSLAN

ASAS KOMPUTER DAN MENAIP

 

NAMA

MUHAMMAD ZAFRI BIN RUSLAN

UMUR

12 TAHUN

AHLI

2015

 

Latar belakang

Pelajar ini merupakan seorang ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia Felda Air Tawar 5. Telah datang ke PI1M untuk mempelajari Microsoft office bagi memudahkan beliau untuk menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selain daripada mempelajari Microsoft office, pelajar ini juga didedahkan dengan aplikasi online iaitu canva.com. Dengan aplikasi ini, pelajar dapat mempelajari selok belok grafik dengan mudah secara asasnya. Pelajar juga didedahkan dengan permainan online seperti kahoot dan quizizz.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mengambil kelas komputer di Pusat Internet 1Malaysia Felda Air Tawar 5, pelajar dapat menguasai pembelajaran Microsoft Office dengan mudah.  Selain itu juga, pelajar dapat membuat visual dengan mudah menggunakan aplikasi canva.com.

 

 

USAHAWAN ONLINESYARINA BINTI ISMAIL

MENJAHIT BAJU

 

NAMA  

 SYARINA BINTI ISMAIL

UMUR  

 37 TAHUN

AHLI      

 2015

 

LATAR BELAKANG 

Pn Syarina merupakan seorang cikgu literasi Felda Air Tawar 5.  Namun, dalam masa yang sama beliau juga merupakan seorang tukang jahit.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M

Sebelum ini pendapatan Pn Syarina sebagai seorang tukang jahit tidak begitu memuaskan kerana kurang hebahan. Namun begitu, selepas  beliau menghadiri kelas keusahawanan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Air Tawar 5, beliau menerima banyak tempahan jahitan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penglibat ICT di PI1M, Pn Syarina telah mendapat tempahan dari komuniti setempat dan juga luar seperti di Bandar Penawar dan Felda-felda berdekatan.

123

 

 

USAHAWAN ONLINE - NORAINI BINTI PERANG

MENJUAL PRODUK HAI-O

 

NAMA  

 NORAINI BINTI PERANG

UMUR 

 43 TAHUN

AHLI      

 2017

 

Latar belakang

Pn Noraini baru berjinak dengan perniagaan. Beliau  menjual produk Hai-O secara kecil-kecilan kepada jiran tetangga dan kenalan yang terdekat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau berniaga produk ini secara kecil-kecilan, dari mulut ke mulut tanpa promosi yang meluas.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pn Noraini, ,menyertai kelas keusahawanan yang diajar oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia Felda Air Tawar 5. Sedikit sebanyak beliau mempelajari asas-asas perniagaan dan beliau juga mempelajari cara mengedit gambar.

1234

 

 

CELIT ITMUHAMAD FUAD FAIZAL BIN RASHDAN

ASAS KOMPUTER DAN MENAIP

 

NAMA   

 MUHAMAD FUAD FAIZAL BIN RASHDAN

UMUR 

 15 TAHUN

AHLI    

 2015

 

Latar belakang

Peserta ini merupakan seorang pengguna di Pusat Internet 1Malaysia Felda Air Tawar 5 dan telah mendaftar menjadi ahli pada tahun 2015. Beliau juga merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pelajar ini telah datang ke Pusat Internet 1Malaysia Felda Air Tawar 5 untuk menyertai kelas yang disediakan. Ini kerana, pelajar ini tidak mahir menggunakan komputer terutamanya Microsoft office. Oleh itu beliau ingin mempelajarinya memandangkan beliau pelajar sekolah dan pembelajaran ini amat penting baginya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mengambil kelas komputer di Pusat Internet 1Malaysia Felda Air Tawar 5, pelajar dapat menguasai pembelajaran Microsoft Office dengan mudah. Modul latihan yang diberikan amat membantu peserta dan memudahkan peserta untuk mempelajari dengan cepat.

12