KEUSAHAWANAN - ZALIA BINTI ESA 

MEMBUAT PELBAGAI JENIS KEK

NAMA ZALIA BINTI ESA
 UMUR  35  TAHUN
 AHLI  2014

 

Latar belakang

 Pn Zalia pada awalnya menjadikan bidang Bakeri hanya sebagai minat dan untuk mengisi masa lapang. Beliau sebenarnya tidak mempunyai asas membuat kek dan kerana minat beliau mula belajar cara membuat adunan melalui internet dan kenalan di muka buku.  Namun berkat usaha yang gigih dalam menghasilkan kek yang enak dikukuhkan lagi dengan minat yang mendalam, kini menjadikan beliau mahir dalam menghasilkan kek pelbagai perisa

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT dan PI pelanggan beliau adalah terdiri daripada kenalan-kenalan terdekat sahaja. Konsep jualan yang diketengahkan oleh beliau adalah berniaga dari rumah dan menjual produk dengan menghantar kepada kenalan. Cara promosi pada masa itu hanyalah dari mulut kemulut dan whatsapp sahaja. Oleh itu hasil jualan beliau dalam lingkungan kenalan dan komuniti setempat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan program usahawan anjuran pusat internet dan lain lain agensi, beliau mempelajari ilmu baru yang banyak membantu beliau dalam mempertingkatkan kualiti dan kuantiti jualan. Antara ilmu usahawan yang dipelajari oleh beliau ialah cara mempromosi jualan menggunakan facebook dan muat naik ke dalam status whatapp. Dengan cara ini beliau dapat mewawarkan perniagaan beliau kepada lebih ramai orang yang mana tidak tertumpu dengan kawasan setempat sahaja.

KEUSAHAWANAN - ROHAINOR BINTI MUZAMMIR 

PENGUSAHA KEDAI  MAKAN - MENJUAL  BAKSO

NAMA ROHAINOR BINTI MUZAMMIR
 UMUR  30 TAHUN
 AHLI  2019

Latar belakang

Pn Rohainor merupakan pengusaha kedai makan Tuah Bakso dan di Felda Air Tawar 5.Beliau mengusahakan kedai ini bersama suaminya. Beliau baru membuka kedai ini selama 4 bulan namun pengalaman beliau telah hampir 2 tahun berniaga secara kecil kecilan sebelum ini membuatkan beliau membuka kedai makan sendiri.  Pelanggan-pelanggan beliau merupakan penduduk di sekitar Felda Air Tawar 5.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Rohainor membuat promosi kedainya secara kreatif dengan membuat pendekatan menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook serta kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan mengambil tempahan dari majlis-majlis penduduk setempat seperti kenduri kahwin, majlis perasmian dan kenduri kecil-kecilan. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap sederhana dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai Kedai makan tuah bakso ini. Kadar keuntungan kasar beliau sehari adalah RM 200.00 sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau tahap sederhana sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan kedai beliau kepada penduduk luar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan program usahawan anjuran pusat internet dan lain lain agensi, beliau mempelajari ilmu baru yang banyak membantu beliau dalam mempertingkatkan kualiti dan kuantiti jualan. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan kedai makan beliau serta pelanggan yang hadir semakin hari semakin bertambah dari masa ke semasa. Pendapatan dalam sehari juga meningkat kepada RM600.00 sehari disebabkan oleh hasil transformasi yang dilakukan dalam pengurusan kedai makan terbabit membuatkan pelanggan beliau berpuas hati dengan menu makanan, pesekitaran dan khidmat mesra pelanggan yang diberikan.

CELIK IT - JUAN DENISH BINTI MISWAN

PELAJAR SEKOLAH RENDAH

NAMA JUAN DENISH MUZAFFAR BIN MISWAN
 UMUR  11 TAHUN
 AHLI  2016

 

Latar belakang

Juan merupakan seorang pelajar sekolah rendah di Felda Air Tawar 5. Beliau telah berdaftar menjadi ahli Pusat Internet pada tahun 2016.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Juan hanya datang ke Pusat Internet untuk melihat kawan kawannya menggunakan kemudahan internet. Beliau tidak mahir menggunakan PC. Oleh itu, bapanya telah menghantar Juan untuk menyertai Bengkel perkakasan komputer dan kelas asas menaip.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai bengkel  dan kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet, Juan telah mahir menggunakan komputer. Malah Juan juga tidak meminta bantuan kawannya semasa beliau menggunakan komputer.

 

 

KEUSAHAWANAN - MOHD SABRI BIN IBRAHIM

PENGUSAHA KEDAI MAKAN

NAMA MOHD SABRI BIN IBRAHIM
 UMUR  48 TAHUN
 AHLI  2019

 

Latar belakang

 En Sabri atau lebih dikenali dengan Gopal Belangkas merupakan seorang usahawan yang mengusahakan kedai makan . Kedai makan tersebut merupakan kedai yang telah diusahakan bersama oleh beliau dan bapanya iaitu en Ibrahim. Beliau merupakan pengusaha kedai makan untuk menu sarapan dan makanan tengahari. Kedai makanan beliau sangat popular dengan menu belangkas. Kedai makan beliau dikenali dengan nama Kedai masakan kampung Ibrahim (Belangkas). Kedai beliau ini terletak dipersimpangan jalan Teluk Sengat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau tidak mempromosikan perniagaan beliau di laman sosial.  Akan tetapi, selepas beliau menghadiri kelas komputer yang dilakukan oleh petugas Pusat Internet, membolehkan beliau mempromosikan kedai makanan secara atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibat di Pusat Internet, beliau mahir mempromosikan kedai makan beliau di media sosial terutama menu yang unik di kedai makannya. Secara tidak langsung, ianya telah menarik minat pengunjung untuk datang dan mencuba menu yang ada di sana serta pendapatan di kedai makan beliau juga semakin bertambah.

 

 

KEUSAHAWANAN - NUR FARHANA BINTI HARON

AGEN PRODUK VSL

NAMA NUR FARHANA BINTI HARON
 UMUR  20 TAHUN
 AHLI  2019

 

Latar belakang

 Nur Farhana merupakan seorang ahli berdaftar di Pusat Internet Felda Air Tawar 5 sejak bulan Febuari 2019. Beliau sering mengunjungi ke Pusat Internet untuk melayari Internet. Berikutan itu, beliau menyuarakan hasrat untuk menyertai bengkel keusahawanan untuk menambah ilmu pengetahuan memandangkan beliau merupakan agen Produk VSL. Oleh itu, beliau perlu memahirkan diri beliau dalam dunia perniagaan online ini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Nur Farhana hanya mempromosikan produknya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Beliau kurang menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook untuk mengembangkan perniagaannya ini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikut program yang telah di anjurkan di Pusat Internet, pengetahuan Nur Farhana lebih meluas dan pandai menggunakan media sosial untuk mempromosi produk. Beliau juga mempelajari cara mempromosi produk menggunakan Whatsapp, Instagram dan Facebook serta mempromosi produk ke dalam MyShop di Dashboard Komuniti.

 

 

CELIK IT - RUDZ' SYASYA HANANIA BINTI RUZMAN

PELAJAR SEKOLAH RENDAH

NAMA  RUDZ’ SYASYA HANANIA BINTI RUZMAN
 UMUR  9 TAHUN
 AHLI  2019

 

Latar belakang

Rudz merupakan merupakan seorang pelajar di Sekolah Rendah Felda Air Tawar 5. Baru berusia 9 tahun dan  telah mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Felda Air Tawar 5.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini takut untuk menggunakan komputer kerana tidak biasa menggunakannya. Oleh itu, ibu bapa pelajar ini menghantar anaknya menyertai bengkel asas komputer di Pusat Internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai bengkel  yang dianjurkan oleh Pusat Internet, Rudz telah mahir menggunakan komputer. Malah rajin membuat latihan yang telah diberikan petugas untuknya.

 

 

 

CELIK IT - MUHAMMAD HAZIQ MUKHRIZ BIN AZMAN

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

NAMA MUHAMMAD HAZIQ MUKHRIZ BIN AZMAN
 UMUR  10 TAHUN
 AHLI  2018

 

Latar belakang

 Haziq Mukhriz telah berdaftar menjadi ahli Pusat Internet pada penghujung tahun 2018.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau merupakan seorang pengguna yang pasif. Tidak mempunyai asas dalam penggunaan komputer dan ict. Hanya mengetahui penggunaan youtube sahaja dan bermain permainan game.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas ict yang sering diikuti setiap hujung minggu, adik ini telah mampu untuk menggunakan komputer lebih daripada menonton youtube sahaja. Mampu menaip dan menggunakan komputer dengan baik.

 

 

KEUSAHAWANAN - NUR AMIRA BINTI ISHAK

AGEN SKINCARE NURRAYSA

NAMA NUR AMIRA BINTI ISHAK
 UMUR  21 TAHUN
 AHLI  2014

 

Latar belakang

Nur Amira merupakan seorang ahli di Pusat Internet Felda Air Tawar 5 sejak tahun 2014. Beliau seorang yang suka kepada kecantikan. Sejak menggunakan produk Nurraysa pada hujung tahun 2018, beliau telah menjadi agen yang sah untuk produk itu memandangkan kualiti produk itu sangat berkesan kepada diri beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum penglibatan di PI, beliau mempromosikan produk dengan menyewa tapak jika ada karnival jualan berlangsung selain itu menjual dengan rakan-rakan sekerja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mengikuti kelas usahawan di PI, beliau telah berjaya memperluaskan lagi promosi perniagaan melaui facebook . Beliau juga kini lebih berkemahiran dalam mempromosikan produk kecantikan.

 

 

KEUSAHAWANAN - RASHIDAH BINTI AZIZ

PENGUSAHA SALON

NAMA RASYIDAH BINTI AZIZ
 UMUR  30 TAHUN
 AHLI  2019

 

Latar belakang

Pn Rasyidah merupakan seorang anak peneroka Felda Air Tawar 5. Beliau telah belajar mendandan rambut di AIMI ACADEMY. Disebabkan minat dalam bidang ini, beliau telah membuka salon di rumahnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT di awal perniagaannya beliau hanya membuat promosi dan menghebahkan pada orang ramai secara bersemuka terutamanya kepada saudara mara, adik beradik dan ahli keluarganya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini setelah menggunakan ICT serta mendapatkan latihan keusahawanan dari Pusat Internet,beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan media sosial seperti Facebook,Instagram dan Whatsapp. Dengan adanya akaun media sosial ini,beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan luar dari Felda Air Tawar 5. Perniagaan beliau juga sudah semakin meluas dan tidak terhad kepada pelanggan sekitar kampung ini sahaja. Beliau juga telah berjaya meningkatkan pendapatan beliau.