CELIK IT - INTAN NUR ALISSYA BIN ZAIRI

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

 

NAMA INTAN NUR ALISSYA BIN ZAIRI
 UMUR  15 TAHUN
 AHLI  2018

 

Latar belakang

Pelajar bernama Intan Nur Alissya Binti Zairi berasal dari Felda Air Tawar 5. Merupakan pelajar Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum ini, pelajar ini tidak pernah menghadirkan diri dan menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet. Atas desakan ibunya, beliau di minta untuk menyertai kelas asas Microsoft Office memandangkan beliau tidak tahu asas komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Intan mempelajari asas di microsft word, excel dan power point. Disebabkan penglibatan beliau menyertai kelas yang dianjurkan di Pusat Internet, beliau dapat mengetahui asas tentang komputer dan beliau juga dapat memantapkan kemahiran yg diajar melalui tugasan sekolah yang diberi.

 

CELIK IT - MUHAMMAD FAKHRI BIN JAFREY

PELAJAR SEKOLAH RENDAH

NAMA  MUHAMMAD FAKHRI BIN JAFREY
 UMUR  15 TAHUN
 AHLI  2014

 

Latar belakang

Peserta kali ini bernama Muhammad Fakhri Bin Jafrey berusia 15 tahun. Beliau telah menajdi ahli sejak tahun 2014 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Fakhri hanya datang ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan seperti penggunaan internet, printing dan fotostat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Fakhri telah berjumpa dengan petugas Pusat Interent untuk mempelajari komputer. Beliau ingin mengisi masa lapangnya disamping memahirkan penggunaan komputer.

 

 

KEUSAHAWANAN - AISYAH BINTI SARIMIN

MENJUAL AIS BLEND

NAMA  AISYAH BINTI SARIMIN
 UMUR 32  TAHUN
 AHLI  2018

 

Latar belakang

Puan Aisyah merupakan seorang menantu di kawasan Felda Air Tawar 5. Beliau mengisi masa lapangnya dengan menjual pelbagai jenis ais blend.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menjual ais blend di hadapan rumahnya dan pelanggan yang membeli hanya berdekatan dengan rumahnya sahaja. Pendapatan hasil perniagaan juga kadang-kadang tidak memberi pulangan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempromosikan ais blend menerusi facebook, dashboard, whatssup dan lain-lain. Dimana, dahulu beliau tidak pandai menggunakan dan memanfaatkan penggunaan kebaikan handphone. Tetapi setelah beliau mengikuti pelbagai jenis khursus yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet, beliau lebih maju kehadapan dan lebih celik it. Pelanggan beliau semakin bertambah. Beliau juga sudah mempunyai gerai sendiri.

 

 

KEUSAHAWANAN - MOHD ZUL HAFIZ BIN SUMATI

MENJUAL KUIH DERAM

NAMA  MOHD ZUL HAFIZ BIN SUMATI
 UMUR  28  TAHUN
 AHLI  2018

 

Latar belakang 

Encik Zul Hafiz menjalankan perniagaan secara kecil kecilan sejak 2 tahun yang lalu. Pada awalnya beliau hanya membantu kakaknya berniaga kuih  di kawasan Felda Air Tawar 5. Tetapi dengan minat yang ada, beliau memfokuskan kuih deram sebagai peniagaanya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau sukar untuk mempromosikan kuih deram beliau kerana tiada pengetahuan di dalam ICT dan juga penggunaan Internet untuk memasarkan produk.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Air Tawar 5, beliau kini semakin mahir menggunakan facebook, whatsapp dan dashboard komuniti dalam mempromosi  kuih deram dan telah meningkatkan lagi tempahan pelanggan terhadap kuih deram yang dihasilkan oleh beliau.

 

 

 

 

CELIK ITAHMAD FARIZ DANIEL BIN MAT SENI

PELAJAR SEKOLAH RENDAH

 NAMA  AHMAD FARIZ DANIEL BIN MAT SENI
 UMUR  11 TAHUN
 AHLI 2014

 

Latar belakang

Ahmad farez Daniel merupakan ahli di Pusat Internet  yang telah berdaftar pada 10 Oktober 2014. Pelajar ini telah datang ke Pusat Internet  untuk belajar asas Microsoft office. Tujuan utama pelajar ini menyertai kelas yang dianjurkan adalah untuk memudahkannya melakukan tugasan sekolah yang telah diberikan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pelajar ini tidak tahu menggunakkan Microsoft office. Kebanyakan tugasan sekolah yang perlu dicari di internet atau menggunakan microsft office, beliau hanya meminta petugas atau kawan-kawannya melakukannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas diajar oleh petugas, pelajar ini dapat memahirkan diri menggunakan Microsoft office. Petugas telag mengajar asas menaip untuk memantapkan kemahiran menaip kepada pelajar.

 

USAHAWAN - SUZANA BAKHTIAR BINTI AFFENDY

MENJUAL  MAKANAN

 NAMA SUZANA BAKHTIAR BINTI AFFENDY
 UMUR  31 TAHUN
 AHLI 2018

 

Latar belakang

Suzana merupakan komuniti yang baru berpindah di Felda Air Tawar 5. Beliau menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan. Makanan yang dijual akan diletakkan di kedai-kedai. Pada mulanya pendapatan suzana amat sedikit kerana beliau tidak mempromosikan makanan tersebut. Makanan yang diletakkan di kedai-kedai juga kadang kala tidak habis dijual.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Suzana bersama rakannya telah datang ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan internet di sini. Petugas Pusat Internet telah memperkenalkan Suzana dengan Kelas dan aktiviti yang ingin dianjurkan.  Di situ bermula pengetahuan Suzana tentang selok belok perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan hasil pembelajaran di Pusat Internet, Suzana telah pandai mempromosikan makanannya di aplikasi whatsup dan Facebook. Beliau membuat sistem pra pesanan untuk produknya. Dari situ, makanan yang dijualnya mendapat sambutan dan pendapatannya juga bertambah.

 

 

USAHAWAN - SUZANA BAKHTIAR BINTI AFFENDY

MENJUAL SERBUK ASAM HOMEMADE

 NAMA  ROSLINA SAFIAI
 UMUR  41 TAHUN
 AHLI  2017

 

Latar belakang

Pn Roslina merupakan anak peneroka. Beliau menjalankan perniagaan menjual jambu batu potong. Disamping itu juga, beliau mejual serbuk asam (homemade) yang dibuatnya sendiri. Beliau hanya menjual serbuk asam itu digerai kecilnya. Pendapatan beliau juga hanya bergantung kepada jualan yang hanya di gerainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Pn Roslina tidak tahu cara memasarkan produk serbuk asamnya. Beliau telah datang ke Pusat Internet untuk menyertai aktiviti  yang disediakan. Di situ, beliau diperkenalkan dengan sistem Myshop. Beliau mula memperkenalkan produknya di situ. Selain itu juga, beliau di ajar cara mempromosikan produk di facebook dan whatsup.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatannya di Pusat Internet, beliau mendapat banyak tempahan serbuk asam dari peniaga-peniaga kecil yang menjual buah-buah potong. Selain itu komuniti setempat juga membeli serbuk asam daripadanya.

 

 

 

 

CELIK IT - MUHAMMAD NAZMI ALIF BIN MOHD NAJIB

PELAJAR SEKOLAH RENDAH

NAMA  MUHAMMAD NAZMI ALIF BIN MOHD NAJIB
 UMUR  15 TAHUN
 AHLI  2015

 

Latar belakang

Nazmi Alif telah menjadi ahli di Pusat Internet pada 24 Febuari 2017. Beliau merupakan seorang pelajar sekolah menengah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pelajar ini datang ke PI untuk menyiapakan tugasan sekolah yang telah diberikan oleh cikgunya. Akan tetapi beliau tidak mahir menggunakan aplikasi yang ada di komputer.  Oleh itu,  pelajar ini menyertai kelas Microsoft office yang dianjurkan oleh petugas PI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menyertai kelas yang dianjurkan, pelajar ini dapat menggunakan aplikasi komputer dengan baik. Selain itu, pelajar ini aktif menyertai segala aktiviti yang dianjurkan di Pusat Internet.

 

KEUSAHAWANAN - NURUL NORAZILA BINTI MOHD ROSLI

MENJUAL  BANTAL FLENAZ

NAMA  NURUL  NORAZILA BINTI MOHD ROSLI
 UMUR  32 TAHUN
 AHLI  2018

 

Latar belakang

Pn Nurul Norazila merupakan seorang anak peneroka di kawasan Felda ini. Beliau seorang surirumah. Sebelum ini beliau pernah berkerja di Pusat dialisis di kawasan Johor Bahru. Penglibatan beliau dalam perniagaan ini bermula apabila beliau membeli bantal flenaz dan menjadi agent bantal di kawasan penempatannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Nurul baru menceburi bidang perniagaan ini. Beliau tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan. Oleh itu, beliau telah diperkenalkan oleh rakannya untuk mempelajari asas keusahawanan di Pusat Internet. Memandangkan sokongan dan pandangan daripada petugas, beliau telah  menggunakan kemudahan Pi1M ini untuk keperluan ICT . Beliau juga kerap berkunjung untuk mendapatkan kemudahan internet untuk, mencari sumber maklumat dan lain-lain yang boleh diperolehi dengan berinternet

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan beliau dengan aktiviti Pi1M Felda Air Tawar 5 kini memberikannya peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan iaitu sebagai agen penjual bantal .Dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas Pi1M ini memudahkan lagi urusan beliau disamping mendapatkan pandangan mempromosikan bantalnya.

 

KEUSAHAWANAN - KHAIRUNNISAH BINTI SHARIF

MENJUAL  ANEKA KEREPEK

NAMA  KHAIRUNNISAH BINTI SHARIF
 UMUR  47 TAHUN
 AHLI  2017

 

Latar belakang

Pn Khairunnisah merupakan seorang anak peneroka di Felda Air Tawar 5. Beliau berusia 47 tahun. Beliau telah mewarisi perniagaan aneka krepek ini daripada ibunya.  Perniagaan Pn Khairunnisah sememangnya di kenali oleh penduduk tempatan di Felda Air Tawar 5. Akan tetapi beliau ingin memajukan perniagaannya sehingga diketahui oleh penduduk kawasan luar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Pn Khairunnisah hanya menjalankan perniagaan  ini secara kecil-kecilan dan menghasilkan kerepek apabila mendapat tempahan.  Pada peringkat ini, tempahan beliau hanya terarah pada sahabat handai dan penduduk tempatan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Khairunnisah bertekad untuk memajukan pernigaannya. Oleh itu, beliau telah mengikuti Bengkel-bengkel usahawan yang telah dianjurkan termasuk bengkel di Pusat Internet. Dengan bengkel yang diadakan, sedikit sebanyak beliau didedahkan dengan teknik-teknik pemasaran dengan betul. Akhirnya, perniagaan Pn Khairunnisah dikenali oleh penduduk luar serta tempahan kerepeknya semakin banyak dan pendapatan juga bertambah.

 

 

CELIK IT - NURAMALINA ATIQAH BINTI AZMI

PELAJAR LEPASAN SEKOLAH

NAMA

NURAMALINA ATIQAH BINTI AZMI

UMUR

18 TAHUN

AHLI

2015

 

Latar belakang

Pelajar ini telah menyertai kelas Microsoft office yang dianjurkan oleh PI Felda Air Tawar 5. Tujuan pelajar ini menyertai kelas yang dianjurkan adalah untuk mengisi masa lapang dan memantapkan kemahirannya dalam bidang ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pelajar hanya tahu penggunaan asas dalam komputer sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan di PI1M, pelajar ini dapat menguasai komputer dengan baik. Beliau juga dapat menyelesaikan kerja-kerja sekolahnya akan datang dengan mudah melalui pembelajaran ICT.

 

USAHAWAN - NURNAJIHA BINTI AZRIN

EJEN DROPSHIP

NAMA

NURNAJIHA BINTI AZRIN

UMUR

18 TAHUN

AHLI

2015

 

Latar belakang

Nurnajiha merupakan seorang pelajar lepasan SPM dan kini sedang menunggu tawaran untuk sambung belajar di institute pengajian awam. Sementara menanti tawaran peluang menyambung pelajaran , beliau telah mengiatkan diri menjadi agen dropship bagi mendapatkan pendapatan di masa lapang memandangkan beliau tidak perlu mengeluarkan modal dalam berniaga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Nurnajiha telah mendapatkan pandangan kepada petugas PI tentang perniagaan dropship dengan lebih terperinci. Memandangkan sokongan dan pandangan daripada petugas, beliau telah  menggunakan kemudahan PI ini untuk keperluan ICT . Beliaujuga kerap berkunjung untuk mendapatkan kemudahan internet untuk online permohonan melanjutkan pelajaran , mencari sumber maklumat dan lain-lain yang boleh diperolehi dengan berinternet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan beliau dengan aktiviti PI Felda Air Tawar 5 kini memberikannya peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan iaitu sebagai agen dropship .Dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas PI ini memudahkan lagi urusan beliau disamping mendapatkan pandangan mempromosikan barangan dropship ini. Pendapat drophip ini bergantung pada promosi dan jualan. Dan sedikit sebanyak beliau dapat menjana pendapatan RM 250-RM400 sebulan.

 

USAHAWAN - SARIYANTI BINTI SAHARI

EJEN DROPSHIP

NAMA

SARIYANTI BINTI SAHARI

UMUR

36 TAHUN

AHLI

2017

 

Latar belakang

Pn Sariyanti merupakan seorang peniaga bakeri (homemade). Beliau memulakan perniagaan sekitar tahun 2014 dengan modal sendiri. Atas minat yang mendalam terhadap pembuatan roti, beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan yang memfokuskan kepada jualan roti daripada rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Pn Sariyanti hanya mengetahui perkara asas mengenai ICT dan juga Internet sahaja. Beliau juga jarang menggunakan ICT dan internet untuk meluaskan perniagaan dan juga memasarkan produk jualannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT, Pn Sariyanti telah mula belajar cara menguruskan perniagaan dengan membuat halaman facebook perniagaannya sendiri dan juga menjual produknya melalui laman sosial facebook. Antara produk beliau yang popular adalah roti gendon.

Pn Sariyanti juga telah menyertai kelas keusahawanan asas iaitu mempelajari Microsoft Words dan memuat naik produk ke dalam aplikasi MyShop Dashboard Komuniti.