NAMA MASZILINA BINTI HJ SARDI
 UMUR  36
AHLI 2019

 

Latar belakang

Pn Maszilina Binti Hj sardi, ialah salah seorang usahawan baru di kawasan Felda Air Tawar 5. Dan beliau juga merupakan ahli di Pusat Internet sejak tahun 2019. Beliau baru mejadi agent untuk produk Rich Glow.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bermula sebagai pengguna sahaja, beliau tertarik dengan keberkesanan produk ini dan terus menjadi agent untuk produk  ini. Pada mulanya perniagaan beliau hanya tertumpu kepada kawan-kawan sahaja namun apabila melihat hasil jualan yang agak baik beliau menggunakan peluang yang ada dan menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet seperti kemudahan peralatan komputer yang lengkap juga banyak membantu untuk beliau memasarkan produknya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Maszilina  mula memaksimumkan penggunaan media sosial yang beliau miliki untuk mempromosikan produknya dengan mengiklankan perkhidmatan secara online. Beliau juga mengemaskini dan berkongsi testimoni produk bagi menambah keyakinan pelanggan untuk membeli produknya. Beliau mempelajari teknik copywriting dan cara mengedit gambar di Pusat Internet.

 

 

 

CELIK IT - NUR AISYHANA BINTI MOHD ZAIRUL AMZI 

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

 NAMA  NUR AISYHANA BINTI MOHD ZAIRUL AMZI
 UMUR  14
AHLI  2015

 

Latar belakang

Aisyahana merupakan pelajar tingkatan 2 dan juga merupakan ahli di Pusat Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Aisyahana jarang menggunakan komputer membuatkan beliau kurang mahir dalam kepenggunaan komputer dan ICT di tambah pada zaman teknologi ini yang memerlukan kemahiran ini di dalam pembelajaran mahupun pekerjaan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan penggunaan ICT di Pusat Internet, Aisyahana semakin mahir dan tidak kekok untuk menggunakan komputer dalam melakukan tugasan pembelajaran. Kemahiran Microsoft Office  semakin baik biarpun latihan masih perlu dilakukan sehingga kini.

USAHAWAN - HERDA WATIE BINTI HAMDAN

HOMEDEALER SUSU FARM FRESH

NAMA HERDA WATIE BINTI HAMDAN
UMUR 55 Tahun
AHLI 2020

 

Latar belakang

Puan Herda seorang homedealer susu farm fresh di kawasan Felda Air Tawar 5 & 4. Beliau merupakan anak peneroka di Felda Air Tawar 4 dan sangat aktif menjual susu di kawasan sekitar sini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai usahawan, beliau mempromosi perniagaan melalui mulut ke mulut , persatuan peniaga dan pelanggan tetap. Promosi melalui media social hanya sekali sekala.  Menurut Puan Herda, sebelum ini dia sememangnya kurang mahir dalam penggunaan komputer, dan juga kurang mahir bagaimana untuk menggunakan internet.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau ke Pusat Internet Felda Air Tawar 5 dengan mengikuti kawannya ke program yang telah dianjurkan di sini dan disitulah dia mendapat pendedahan bagaimana cara untuk mempromosikan perniagaannya secara online dengan lebih efektif. Beliau juga sudah mahir menggunakan komputer.Beliau mula berjinak untuk mempromosikan perniagaan melalui facebook.

USAHAWAN - MAIMUN BINTI MD ABBAS

AGENSI PELANCONGAN

NAMA MAIMUN BINTI MD ABBAS
UMUR 55 Tahun
AHLI 2018

 

Latar belakang

Pn Maimun merupakan seorang surirumah dan usahawan yang semakin berjaya. Beliau juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Idris.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT di awal perniagaannya beliau hanya membuat promosi dan menghebahkan pada orang ramai secara bersemuka terutamanya kepada saudara mara, adik beradik dan ahli keluarganya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendapat sedikit sebanyak pengetahuan dan ilmu ICT secara tidak langung dan langsung terutamanya daripada bantuan yang diberikan oleh Pusat Internet, kini beliau boleh menghebahkan mengenai perkhidmatan nya bukan sahaja dalam kalangan kenalan dan keluarga terdekat sahaja, malahan lebih meluas. Terutamanya Kini setelah menggunakan ICT serta mendapatkan latihan keusahawanan dari Pi, beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan media sosial seperti Facebook,Instagram dan Whatsapp. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan luar dari Dearah Kota Tinggi.

 

CELIK IT - M. ZULKHUZAIRY BIN ASIAT 

PELAJAR SEKOLAH RENDAH

NAMA M. ZULKHUZAIRY BIN ASIAT
UMUR 12  Tahun
AHLI 2018

 

Latar belakang

 Zulkhuzairy merupakan merupakan seorang pelajar di Sekolah Rendah Felda Air Tawar 5. Berusia 12 tahun dan merupakan calon UPSR untuk tahun 2020.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Menyedari dirinya bukan seorang  yang pandai menggunakan komputer, Zulkhuzairy telah datang ke Pusat Internet untuk mempelajari asas Komputer di sini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penyertaan Zulkhuzairy di Pusat Internet, beliau mahir menggunakan komputer malah penggunaan jari di keyboard juga sangat laju berbanding sebelum ini. Beliau juga berani melayari internet dan mencuba aplikasi aplikasi di dalam computer.