CELIK IT - NUR IZZAH ALIA BINTI ABU BAKAR

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

 NAMA NUR IZZAH ALIA BINTI ABU BAKAR
 UMUR  15
AHLI 2020

 

Latar belakang

Nur Izzah merupakan pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah .Beliau selalu datang ke PI untuk mengulang kaji pelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mengulangkaji pelajaran dengan hanya menggunakan buku teks dan bahan yang diberi oleh guru sekolah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Air Tawar 5, beliau kini sudah pandai melayari laman sosial, online tutor dan sebagainya.

CELIK IT - MUHAMMAD HAKIMI BIN HASBULLAH

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

 NAMA MUHAMMAD HAKIMI BIN HASBULLAH
 UMUR  17
AHLI 2017

 

Latar belakang

Hakimi berusia 17 tahun dan merupakan cucu peneroka di Felda Air Tawar 5. Beliau juga ahli Pusat Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas komputer, Hakimi  kurang mahir menggunakan komputer. Dengan adanya pengetahuan asas sebelum ini, ia dapat membantu Hakimi mempelajari dan membuat latihan di dalam modul yang diberikan. Di samping itu, sebelum ini, Hakimi hanya menggunakan akaun Gmail bagi kegunaan media sosial sahaja dan tidak pernah menggunakan Canva.com.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer ini, Hakimi dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat. Di samping itu, beliau dapat meningkatkan semula pengetahuan di dalam bidang komputer. Tambahan, Hakmi  dapat mempelajari bagaimana menggunakan Canva.com bagi tujuan membuat poster dan menggunakan akaun Gmail bagi tujuan rasmi pada masa akan datang.

 

USAHAWAN NURUL AIN BINTI ABD RASHID

PELBAGAI PRODUK KOSMETIK

 NAMA NURUL AIN BINTI ABD RASHID
 UMUR  26
AHLI 2017

 

Latar belakang

Nurul Ain menjalankan perniagaan aneka barangan kosmetik untuk menambah pendapatan keluarga. Perniagaan ini bermula dari satu produk secara kecil-kecilan. Selepas itu beliau menambah produk yang lain untuk mengembangkan perniagaannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya, beliau hanya menjual produknya pada keluarga dan kenalan terdekat sahaja. Selain itu, beliau hanya menggunakan whtasapp dan facebook sebagai medium untuk mempromosikan produk.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nurul Ain telah menyertai bengkel asas perniagaan Shopee yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Melalui bengkel ini, Nurul Ain dapat mempromosikan produk beliau di platform Shopee dan secara tidak langsung juga beliau mempelajari cara copywriting yang betul.

 

 

USAHAWAN ZULIANA BINTI MD ISMAIL

MENJUAL PRODUK MAKANAN RINGAN ( TOK BEE SALTED EGG)

 NAMA ZULIANA BINTI MD ISMAIL
 UMUR  38
AHLI 2017

 

Latar belakang

Puan Zuliana berasal dari Felda Air Tawar 5 dan berumur 38 tahun. Beliau merupakan ejen produk makanan ringan (Tok bee salted egg). Perniagaan beliau bermula dengan menjual dengan kenalan terdekat dan juga di media social seperti facebook.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT di Pusat Internet Felda Air Tawar 5, pendapatan beliau hanya sekitar RM 150 sebulan sahaja dan pengetahuan beliau untuk memasarkan produk secara online amat minima.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti program yang telah di anjurkan di Pusat Internet, pengetahuan Puan Zuliana lebih meluas dan pandai menggunakan sosial media untuk mempromosi produnya. Beliau juga mempelajari cara mempromosi produk menggunakan Whatsapp serta mempromosi Produk saya ke dalam MyShop di Dashboard Komuniti. Selain itu, Beliau juga mengikuti kelas asas perniagaan shopee yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

 

USAHAWAN - NURULHIDAYAH BINTI ESA

HOME FACIAL MOBILE SPA

 NAMA NURUL HIDAYAH BINTI ESA
 UMUR  26
AHLI 2017

 

Latar belakang

Hidayah merupakan seorang usahawan yang telah mendapat bimbingan keusahawanan di Pusat Internet Felda Air Tawar 5. Beliau menjalankan perniagaan perkhidmatan 'Home Facial Mobile Spa' di mana Hidayah akan ke rumah pelanggan untuk memberi perkhidmatan kecantikan wajah. Beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak awal tahun 2017 sehingga kini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk memperkenalkan perkhidmtaan spa beliau kepada masyarakat setempat. Pada mulanya, perkhidmatan beliau hanya dikenali oleh rakan-rakan dan saudara mara. Pendapatan bulanan juga tidak menentu dan mengakibatkan beliau pernah berasa putus asa dalam perniagaan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas, beliau mula mendapat tunjuk ajar penggunaan internet sebagai medium mempromosikan perniagaan beliau. Hidayah telah membuka akaun Facebook page dan Instagram supaya perniagaan beliau lebih dikenali ramai. Hidayah juga menggunakan aplikasi Whatsapp untuk memudahkan menerima tempahan slot dari pelanggan. Penggunaan internet amat membantu Hidayah dalam mengembangkan perniagaan beliau. Kini beliau bukan sahaja menerima pelanggan dari jiran tetangga tetapi juga di luar kawasan. Pendapatan beliau juga kini semakin bertambah.