USAHAWAN ZULIANA BINTI MD ISMAIL

MENJUAL PRODUK MAKANAN RINGAN ( TOK BEE SALTED EGG)

 NAMA ZULIANA BINTI MD ISMAIL
 UMUR  38
AHLI 2017

 

Latar belakang

Puan Zuliana berasal dari Felda Air Tawar 5 dan berumur 38 tahun. Beliau merupakan ejen produk makanan ringan (Tok bee salted egg). Perniagaan beliau bermula dengan menjual dengan kenalan terdekat dan juga di media social seperti facebook.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT di Pusat Internet Felda Air Tawar 5, pendapatan beliau hanya sekitar RM 150 sebulan sahaja dan pengetahuan beliau untuk memasarkan produk secara online amat minima.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti program yang telah di anjurkan di Pusat Internet, pengetahuan Puan Zuliana lebih meluas dan pandai menggunakan sosial media untuk mempromosi produnya. Beliau juga mempelajari cara mempromosi produk menggunakan Whatsapp serta mempromosi Produk saya ke dalam MyShop di Dashboard Komuniti. Selain itu, Beliau juga mengikuti kelas asas perniagaan shopee yang dianjurkan oleh Pusat Internet.