CELIK IT - MUHAMMAD HAKIMI BIN HASBULLAH

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

 NAMA MUHAMMAD HAKIMI BIN HASBULLAH
 UMUR  17
AHLI 2017

 

Latar belakang

Hakimi berusia 17 tahun dan merupakan cucu peneroka di Felda Air Tawar 5. Beliau juga ahli Pusat Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas komputer, Hakimi  kurang mahir menggunakan komputer. Dengan adanya pengetahuan asas sebelum ini, ia dapat membantu Hakimi mempelajari dan membuat latihan di dalam modul yang diberikan. Di samping itu, sebelum ini, Hakimi hanya menggunakan akaun Gmail bagi kegunaan media sosial sahaja dan tidak pernah menggunakan Canva.com.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer ini, Hakimi dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat. Di samping itu, beliau dapat meningkatkan semula pengetahuan di dalam bidang komputer. Tambahan, Hakmi  dapat mempelajari bagaimana menggunakan Canva.com bagi tujuan membuat poster dan menggunakan akaun Gmail bagi tujuan rasmi pada masa akan datang.