USAHAWAN - AZAHARI BIN MANSOR

 NAMA AZAHARI BIN MANSOR
 UMUR  40 TAHUN
 AHLI 2019

 

Latar Belakang

Encik Azahari merupakan seorang menantu kepada peneroka Felda Air Tawar 5. Beliau mengusahakan perniagaan Teh air Pyior. Perniagaan ini pada awalnya hanya suka-suka dan mengisi masa lapang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 sebulan sahaja. Jumlah pelanggan amat sedikit ketika ini. Hal ini kerana, beliau menjalankan perniagaan di rumah sahaja. Pelanggan beliau juga terdiri dari kalangan jiran tetangga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula mengikuti kelas yang dianjurkan di Pusat Internet. Kelas pertama yang disertainya ada kelas Asas keusahawanan. Beliau diajar mengenai cara promosi dan mengiklankn produk beliau dengan cara yang betul dan mudah. Kini pendapatan beliau meningkat sebanyak RM1500 sebulan. Beliau juga telah menyertai berniaga di pasar- pasar malam dan pasar pagi. Selain itu juga, beliau menerima tempahan untuk majlis majis besar seperti kenduri kahwin.