USAHAWAN - KHALISAH BINTI MARZUKI

 NAMA KHALISAH BINTI MARZUKI
 UMUR  24 TAHUN
 AHLI 2019

 

Latar Belakang

Bermulanya perniagaan roti, kek & pastri  sekitar tahun 2019. Beliau berminat dalam ilmu membuat kek dan roti dengan mengikuti kelas pastri.  Kini beliau membuat kek sepenuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 sebulan sahaja. Jumlah pelanggan amat sedikit ketika ini. Beliau berhasrat untuk mengubah kehidupan beliau dengan apa cara sekalipun bagi menambah pendapatan keluarga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kelas Asas Komputer adalah kelas pertama beliau dalam memantapkan lagi kemahiran beliau dalam bidang komputer. Beliau mempelajari cara menaip di Microsoft word dan membuat kertas kerja. Beliau mula belajar mempromosikan produk beliau dilaman social, disitu bermulalah perniagaan beliau mendapat tempat dihati pelanggan. Kini pendapatan beliau telah meningkat sebanyak rm1000 sebulan.