NAMA NUR DIAYANA BINTI MUHAMAD SUBRI
 UMUR  28
 AHLI 2020

 

Latar Belakang

Puan Diyana merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan secara kecil kecilan. Disebabkan beliau minat dalam bidang design dan grafik, beliau menjalankan perkhidmatan membuat photobook dan cuci gambar.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya beliau hanya datang ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan internet sahaja. Tetapi beliau telah dipengaruhi oleh rakannya untuk menyertai program keusahwanan yang dianjurkan. Dengan program tersebut, Puan Diyana dapat menambahkan kemahiran dan pengetahuan tentang perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti beberapa program yang telah di anjurkan di Pusat Internet, Perniagaan Puan Diyana mendapat sambutan yang mengalakkan di dalam Felda Air Tawar 5. Ini kerana, beliau telah mempromosikan perkhidmatannya di media sosial dan selain itu perkhidmatan beliau mendapat sambutan di kawasan Felda Air Tawar 5.