NAMA HAMIZAH BINTI JAILANI
 UMUR  31
 AHLI 2020

 

Latar Belakang

Puan Hamizah merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau mula berjinak dengan perniagaan online sejak beberapa bulan yang lalu. Menyedari ramai individu yang menjadi suri rumah menceburi bidang perniagaan, beliau pun mencuba untuk turut serta dan sekarang beliau menjadi sebahagian daripada ahli Pusat Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, perniagaan beliau tidaklah memberansangkan sehingga beliau didedahkan oleh Petugas Pusat Internet  tentang Modul Keusahawanan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri latihan keusahawanan di Pusat Internet Felda Air Tawar 5, beliau kini lebih mahir dalam mempromosikan perniagaan beliau. Beliau sudah membuka akaun jualan Shopee kerana permintaan yang agak tinggi terhadap produk tersebut .