Tarikh |
: 05 Mei 2023 |
Masa |
: 8.30 am-12.30 am. |
Peserta |
: Pelajar Kolej Profesional Mara Bandar Penawar |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah merapatkan PEDi dengan komuniti, memperkenalkan serta menerangkan pelbagai kemudahan yang terdapat di PEDi. Selain daripada itu, mereka juga didedahkan dengan pengetahuan dan ilmu berkaitan usahawan digital seperti Tiktok Shop dan Shopee Seller. Program ini adalah kolaborasi antara PEDi Dun Pengerang dan Kolej Professional Mara Bandar Penawar. Banyak input yang diperoleh oleh pelajar KPM Bandar Penawar hasil daripada perkongsian oleh staf PEDi.
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
- Mengeratkan silaturrahim antara petugas PEDi dan komuniti setempat.
- Memberi peluang kepada komuniti setempat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Ekonomi Digital (PEDi).
- Memajukan perniagaan.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah
- Pengenalan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
- Kelas Keusahawanan