PETA DAERAH KOTA TINGGI JOHOR
DAERAH KOTA TINGGI
Asal usul nama daerah Kota Tinggi ialah Kota yang di bina di tempat di atas kawasan tempat tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan Kota tersebut adalah di sebabkan untuk menangkis serangan dari Portugas yang berusaha untuk melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu pada tahun 1511.
Oleh kerana sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora Laut Cina Selatan . Ia juga telah menjadi salah satu tumpuan para pedagang sejak pada zaman silam lagi. Banyak peninggalan yang di tinggalkan oleh Empayar Rom yang telah di temui di Kota Tinggi .
NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM
Asal usul nama Negeri Johor adalah diambil dari perkataan bahasa arab iaitu "Jauhar" yang bermaksud "permata berharga". Para pedagang dari Arab telah datang dan menjalankan perniagaan rempah yang terkenal sejak dahulu lagi.
Pembukaan negeri Johor bermula pada kurun ke-16 apabila Melaka di tawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah merupakan perwaris terakhir kesultanan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Negeri Johor. Johor telah pun meluaskan empayarkan sehingga ke Riau pada waktu itu.
Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar.Kini Johor di sempadani oleh Melaka, pahang dan Singapura merupakan salah sebuah Negeri yang pesat membangun di Malaysia .
MAKLUMAT ADUN PENAWAR
Nama: | Y.B. Dato’ Sri Azalina binti Othman Said |
Alamat Surat-Menyurat: | No. 9, Jalan Bola Jaring 13/15 Seksyen 13 40100 Shah Alam Selangor |
Telefon: | 03-5512 2372 |
Fak: | 03-5512 2373 |
JAWATANKUASA KAMPUNG FELDA AIR TAWAR 5
PENGURUS FELDA
ENCIK SULAIMAN BIN REJAB
KETUA KAMPUNG / KETUA KOMUNITI
TN HJ HAMBALI BIN SHARIF
BILANGAN PENDUDUK FELDA AIR TAWAR 5
Bilangan Penduduk : 2,945 orang
Pecahan Bilangan Penduduk Mengikut Jantina
Lelaki : 971 orang
Wanita : 1,974 orang
BILANGAN PENEMPATAN
589 Buah Rumah
KELUASAN TANAH KAMPUNG
342.97 ekar
KELUASAN TANAH YANG DIUSAHAKAN
Perumahan : 299.90 ekar
Premis Awam : 27.85 ekar
Tanaman : 2.40 ekar
Ternakan : 1.50 ekar
Lain-lain : 6.00 ekar
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Air Tawar 5 ini terletak 35 Kilometer daripada Pusat Bandar Kota Tinggi Johor. Pusat Sebaran Maklumat Nasional ini boleh dimanfaatkan penduduk kampung yang terdiri daripada kalangan peneroka, penerokawati, generasi kedua dan ketiga serta orang awam. Pusat Sebaran Maklumat Nasional ini juga boleh dimanfaatkan oleh penduduk kampung sebelah iaitu Penduduk Felda Air Tawar 4 dan Felda Semenchu. Daripada hasil pemantauan, kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional di Felda Air Tawar 5 ini juga disenangi dan menjadi tumpuan utama penduduk sekitar kerana kawasannya yang strategik. Sebanyak 20 komputer disediakan untuk kegunaan penduduk. Selain itu,10 biji komputer juga disediakan sekiranya ingin mengadakan kelas atau kursus. Beberapa perkhidmatan lain juga disediakan bagi kemudahan penduduk setempat. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan staff
Pengurus :
Fazlina Binti Othman
Penolong pengurus :
Norhidayah Binti Mohd Hatta
Waktu Operasi :
9.00 pagi Hingga 6.00 Petang.
Waktu Rehat :
1.00 Tghhri Hingga 2 Petang
Sebarang pertanyaan boleh email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook : https://www.facebook.com/pi.feldaairtawar5
Halaman 2 dari 2